Daripada  Anas bin Malik r.a, Nabi s.a.w telah bersabda: Tidak sempurna iman seseorang itu, sebelum dia mengasihi saudaranya.

Jadi, pembaca semua. Jadikanlah diri kita seorang mukmin dan manusia yang sentiasa menjaga rasa kasih, sayang, peduli dan prihatin kita terhadap teman-teman kita.

Iman itu ada naik, ada turunnya. Tiap hari ia berubah-ubah. Ibarat badai laut di tengah gelora. Kejap melambung, kejap ianya tenang.

Kasihkanlah mereka, jagalah adab-adab dengan mereka, moga itu menjadi bekal kebahagiaan kita di sana nanti.