SangMentari adalah ruangan blog untuk memotivasikan orang. Segala yang ditulis di sini adalah semata-mata untuk membangunkan anda dan juga saya.

Saya suka melihat anda yang pernah jatuh, kemudian bangkit. Saya mahu anda yang pernah merasa gagal, berjaya mencapai suatu tahap yang disebut sebagai berjaya.

Kejayaan dan kegagalan kita banyak ditentukan dengan sebanyak mana usaha kita ke arah apa yang kita hendak. Biasanya, kita gagal sebab pilihan kita sendiri. Ya, anda yang nak gagal, jadi anda yang akan menjadi seorang yang bernama ‘gagal’.

Kita tak boleh salahkan orang lain di atas kegagalan kita. Kita yang malas bekerja, kita nak salahkan kerajaan tak bagi banyak peluang? Awak sendiri yang tak pernah mahu menyimpan duit, awak nak salahkan Pak Dollah sebab tak bagi awak pinjam duit dia?

Hidup orang berjaya bukan macam tu. Orang yang berjaya dia tak pernah salahkan orang lain atas kegagalan dirinya. Seratus peratus dia akan tuding pada diri dia sendiri. Ini beza mereka yang berjaya dengan mereka yang enggan berjaya.