MENGENANG kisah-kisah dulu sering mengimbaukan kita kepada kenangan-kenangan silam. Yang menarik, yang best-best kalau nak diingat memang rasa seronok. Tapi yang pahit-pahit tu kalau nak dikenang, jadinya pasti sedih.
Tak ada orang yang mahu kisah pahit di masa silamnya dipertontonkan kembali. Yang dah berlaku, maka biarlah ianya berlalu. Dah lepas tu, biarlah ia terus melepas. Macam air mengalir di dalam sungai gitu. Sekali ia berlalu dari hulu, ia akan terus menuju ke hilir, terus ke muara dan menghanyut ke lautan.
Walau banyak mana pun halangan, cabaran, dugaan dan rintangan yang meniti di sepanjang perjalanan, air itu akan terus mengalir. Matlamat, tujuan dan impian yang diimpi akan terus dikejar sampai tercapai.
Jadi, kita yang hidup ni pun macam tu sepatutnya. Jangan dikenang perkara yang sudah berlalu. Tak guna barang yang lepas diingat-ingat lagi. Tak elok macam tu.
Ya, memang ada orang yang suka mengimbau-ngimbau kenangan masa lalu. Yang sudah berumahtangga barangkali, dengan mengingat kenangan-kenangan manis dan hangat semasa bercinta, kekadang itu mampu mengembalikan kehangatan di dalam rumah tangga. Rumah tangga rasa harmoni aje. Aman aje rasa.
Yang masih menuntut pun sama, mungkin kenangan-kenangan pahit di masa lampau, peristiwa kegagalan sebelum ini, akan menjadi pembakar semangat untuk anda berusaha lebih gigih lagi mengejar cita dan impian.
Jadi tuan puan semua, apapun yang membuatkan kita teringat-ingat kisah lalu itu, maka jadikanlah ia suatu semangat dan dorongan untuk kita lebih maju. Dan bukannya kegagalan.
Jangan kenangan-kenangan itu membuatkan kita lebih jatuh dalam hidup. Apa yang berlaku dan apa bakal terjadi pada kita untuk sepuluh tahun mendatang adalah ditentukan dengan apa yang sedang kita fikirkan sekarang.
Berubahlah. Anda yang berhak. Yang dah berlalu, biarkan ianya berlalu. Yang datang, jangan biar melepas. Kita sedang menuju ke sana. Pastikanlah, bahawa ianya adalah yang terbaik untuk masa depan kita.
Mei 17, 2010 at 4:56 am
Perkara yang lepas dijadikan kenangan dan pengajaran. Ia membuatkan kita matang walau pahit macam mana pun.
Julai 22, 2010 at 7:57 am
abg ezairy..saya pelajar matrik..baru2 br lepas ups..iaitu peperiksaan ptghan thn yg mbw 10 peratus untk final..exam hari ptama sy pengsab xsempat pn jwb..n xleh repeat..sy dah jd lemah..sy rasa mcm da gagal dlm hdp..n smua matapljrn mndpt effect ..bantulah sy
Julai 22, 2010 at 5:58 pm
Assalamualaikum dik Farah,
Pertama sekali, adik patut bersyukur bahawa adik merupakan salah seorang pelajar yang cemerlang. Bila adik telah berjaya masuk ke matrik, bermakna adik merupakan pelajar yang terpilih. Selangkah saja lagi adik akan menuju ke alam universiti.
Ujian dan halangan ni biasa, dik. Pernah tahu kisah hidup Kolonel Saunders? Macamana beliau bermula daripada seorang tukang masak yang tak profesional, beliau tak pernah putus asa. Dia berusaha, berusaha dan akhirnya berjaya.
Macam tu juga Thomas Edison. Beribu-ribu kali dia gagal, dia tak pernah putus asa, sampai akhirnya dia berjaya mencipta salah satu alat terpenting dalam kehidupan kita pada hari ini.
Nampak tak betapa setiap masalah yang mulanya kita rasa sebagai beban, rupa-rupanya sengaja nak jadikan kita lebih hebat. Percayalah, setiap halangan, gagal, jatuh dan semua itu adalah jalan untuk kita lebih berjaya.
Kalau adik rasa kecewa, adik perlu fikir betapa ramai lagi kawan-kawan adik yang nak masuk matrik pun tak boleh. Adik dah berjaya masuk, maka teruskanlah berusaha. Jatuh bangun itu asam garam hidup. Lagi banyak jatuh, bermakna lagi banyak yang adik belajar. Lagi besar kejayaan menanti di depan. Percayalah.
Selamat berjaya!