SEMOGA anda semua sihat hendaknya. Gembira dan terus ceria bersama insan-insan yang sentiasa membahagiakan anda. Sama ada ibu, bapa, abang, kakak, adik, suami, isteri, tunang, kekasih atau sesiapa pun juga. Marilah kita sentiasa tersenyum, gembira, dan bersenang hati bersama mereka.

Hari ini saya akan kongsikan suatu fakta yang sangat menarik, kenapa kita mesti makan tomato?

1. Tomato mengandungi vitamin C yang banyak dan membekalkan kira-kira 40 peratus keperluan harian vitamin C. Ia juga mengandungi sebanyak 15 peratus keperluan harian bagi vitamin A.

2. Selain itu, tomato juga mengandungi pigmen warna merah di bahagian kulitnya yang dipanggil sebagai lycopene. Lycopene ini berfungsi sebagai antioksidan yang melawan segala bahan radikal yang menyebabkan kanser.

3. Suatu kajian yang dijalankan di Harvard mendapati pengambilan tomato sebanyak 10 hidangan selama seminggu berjaya mengurangkan risiko kanser prostat bagi lelaki sebanyak 45 peratus.

4. Kajian lain yang dijalankan di Itali pula mendapati bahawa pengambilan tomato melebihi 7 hidangan akan menurunkan risiko mendapat kanser perut dan kanser kolon.

5. Dan kajian-kajian terbaru yang lain sedang giat dijalankan untuk mengesahkan bahawa tomato juga dapat membantu mengelakkan kanser paru-paru. Dua bahan penting di dalam tomato iaitu coumaric acid dan chlorogenic acid didapati berjaya menghentikan aktiviti nitrosamines. Dengan menghapuskan segala aktiviti nitrosamines, risiko kanser paru-paru secara langsung akan berjaya dikurangkan.

Jadi tuan puan, marilah kita sama-sama memanfaatkan nikmat yang Tuhan bagi ini. Semoga semua beroleh manfaat. Selamat berbahagia.