SELALU orang cakap soal matlamat. Matlamat ni kalau kita nak bualkan memang tak akan ada habisnya. Daripada cita-cita, impian sampailah kepada angan-angan kosong.

Jadi, pasanglah matlamat anda. Binalah impian anda setinggi yang mungkin. Tak rugi. Bahkan matlamat yang dibina atas minat dan kesedaran yang benar-benar kuat ke arah itu, akan memacu diri kita ke arahnya.

David Beckham sendiri ketika di zaman kecilnya pernah ditanya oleh seorang gurunya, “Kamu nak jadi apa bila dah besar nanti?”

Dan jawapan budak-budak kecil di Malaysia, biasanya akan menjawab seperti superman, ultraman, batman dan seumpamanya. Yang elok dan sedap didengar mungkin bila jawapannya seperti doktor, nak jadi uztaz, cikgu, polis dan sebagainya.

Tapi apa yang Beckham jawab kepada gurunya? Ya, jawapannya ringkas dan padat, “saya mahu menjadi pemain bola,”

Gurunya pun bertanya lagi, “Ya, bagus tu. Cuma maksud saya, apa kamu nak jadi selepas kamu jadi pemain bola tu. Pemain bola bukan cita-cita,”

Dan Beckham terus menjawab sekali lagi bahawa cita-cita sebenarnya ialah menjadi pemain bola sepak. Dia nak jadi pemain bola. Cikgu itu hanya tersenyum.

Jadi tuan puan dan anda semua, nampak tak, betapa matlamat yang dipasanag itu adalah amat amat penting dalam menentukan masa depan kita. Pasanglah niat dan impian anda mulai hari ini.

Beckham dah pun membuktikannya. Dia telah buktikan kepada dunia bahawa dia adalah sebenar-benar jaguh bola sepak sehingga kini. Kita bagaimana?

Selamat berjaya!