MULAKANLAH hari anda dengan ucapan Bismillah. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Bacalah bismillah. Ketika anda buat apa pun sahaja, cuba untuk biasakan dengan memulakan bersama bismillah.

Tak susah. Cuma kita saja yang kadang-kadang rasa malas nak amalkan. Terlalu banyak kelebihan dan hikmahnya bersama bacaan bismillah ini dalam setiap amalan kita.

  1. Amalkanlah bacaan bismillah ini sebelum tidur. Bacaan bismillah sebanyak 21 kali sebelum tidur mampu menghindarkan kita daripada gangguan syaitan, bencana dan juga mati mengejut.
  2. Bila nak jumpa dengan mana-mana orang yang berpangkat besar, juga kita dielokkan untuk mengamalkan bacaan bismillah ini sebanyak 19 kali. Antara fadhilatnya ialah insyaAllah akan lembut hati orang yang garang dan berpangkat besar itu.
  3. Bacalah juga bismillah sebanyak 100 kali dan hembuskannya kepada penyakit selama 3 hari berturut-turut, insyaAllah sembuh penyakit itu.

Jadi, tuan puan. Tak rugi kalau kita memperbanyakkan bacaan bismillah ini. Nak makan, kalau tak sempat baca doa makan, baca bismillah pun tak apa. Nak pakai baju, nak masuk ke rumah, masuk ke kelas, masuk ke kereta dan apa saja cuba jadikan bacaan bismillah suatu amalan kita.

Kalau masuk ke rumah sentiasa bersama bismillah, insyaAllah berkat dan aman rumah tangga. Harmoni anak-anak bersama keluarga.

Nabi Muhammad s.a.w sendiri ada bersabda, Tiada ada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah memerintahkan malaikat yang bertugas untuk mencatat dalam buku amalannya sebanyak 400 kebaikan.

Selamat beramal!