KESUNGGUHAN dalam melakukan sesuatu kerja ni selalunya memerlukan kekuatan. Dan kekuatan yang benar-benar kuat biasanya memerlukan kesungguhan yang betul-betul jitu.

Jadi, kesungguhan dan kekuatan ini memang tak boleh nak dipisahkan. Buatlah apa pun kerja, kedua-duanya perlu disamping samakan. Salah satu tak boleh ditinggalkan.

Saya tahu ramai di kalangan anda yang dah biasa menonton mana-mana siaran bola sepak di kaca televisyen. Betul? Pernah kan menyaksikan mana-mana aksi di mana suatu pasukan telah mendahului lawannya dengan angka empat atau tiga gol tanpa balas.

Namun di saat akhirnya, pihak lawan berjaya menyamakan kedudukan menjadi tiga sama atau pun empat sama. Pernah kan lihat situasi macam ini? Jadi, apa punca pihak lawan boleh bangkit dari ketinggalan tiga atau empat gol itu? Nampak macam sukar, tapi mereka dah pun buktikan. Mereka dan buat, takkan awak nak nafikan.

Jadi macam itulah hidup kita sehari-harian ni. Setiap kerja dan matlamat yang dilakukan mesti perlu ada kesungguhan. Tak ada kesungguhan, susah nak jadi. Namun bila anda benar-benar bersungguh, benar-benar mahu, segalanya tak nampak suatu yang mustahil.

Samalah juga dalam kita mencari ilmu kat dunia ini. Kesungguhan, kemahuan dan kekuatan itu mesti ada. Bila dah bersungguh, pasangkan matlamat seterusnya untuk kita menjadi orang yang banyak ilmu, dan dengan ilmu itu kita mampu untuk sumbangkan kepada manusia-manusia lain agar ianya lebih bermanfaat.

Orang banyak ilmu ini biasanya akan disukai ramai. Yalah, tanya apa pun biasanya dia boleh jawab. Soal dan cerita apa punlah, dia tetap akan beri pendapat.

Dalam suatu hadis riwayat Muslim Nabi SAW ada bersabda, “Barangsiapa yang merintis jalan ke arah menuntut ilmu, Allah akan membuka jalannya menuju ke syurga.”

Jadi tuan puan, jadilah kita manusia yang penuh dengan ilmu. Orang berilmu ini juga sentiasa disayangi Tuhan. Dan amatlah beruntung kepada sesiapa yang sentiasa mendapat rasa kasih sayang daripada  PenciptaNya sendiri.