SAYA menulis sebab saya suka menulis. Saya suka memotivasikan orang juga sebab saya yang minat. Saya rasa bahagia melihat anda bersemangat dalam menempuh hidup-hidup anda.

Saya memilih kerjaya di bidang saya ini juga sebab saya yang pilih. Saya akan tenang dan bahagia melihat orang tersenyum dan gembira setelah sembuh dari derita dan penyakit.

Ya, sesuatu yang yang kita lakukan kerana minat, lain rasanya. Tak sama, bang, kak, dik. Buatlah apa saja yang anda rasa itu bukan minat anda, pasti tak jadi. Sure bosan punya.

Allah memang bagi setiap hamba dan makhluknya dengan kecenderungan yang berbeza-beza. Ada orang Allah bagi dia minat untuk bersukan. Jadi bersukan sajalah kerjanya.

Ada orang diberi skill untuk menjahit. Jumpalah apa-apa kain, pasti gatal tangannya nak menjahit. Ha, orang macam ni memang akan sentiasa di depan mesin jahit. Duduklah berapa jam di situ dia tak akan rasa penat. Sebab dia minat.

Jadi, macam ni lah hidup. Apa pun yang kita buat kalau kita suka, mesti jadi. Apapun yang kita lakukan, kalau kita rasa seronok mesti tak rasa penat. Pernah kan tengok orang main wrestling kat televisyen. Anda rasa dia sakit tak kena terajang, kena tendang, tumbuk dan sebagainya. Mesti penat dan sakit kan. Ada tu yang sampai berdarah-darah.

Ya, bila anda minat, segala-gala tidak boleh menghalang anda untuk mencapai apa yang anda minati tu. Sama macam ahli gusti tu. Dah memang hobinya bergusti, dah memang dia suka aksi-aksi ganas macam tu, ha lantaklah orang nak kata. Dia tetap akan bergusti.

Jadi, kita pun macam tu juga. Dalam bekerja, dalam belajar, dalam mencari rezeki, dalam mencari apapunlah, lakukanlah dengan seronok dan penuh kesukaan. Kalau rasa belum minat, cuba lakukan sesuatu supaya anda jadi minat.

Buat apa saja perubahan di sekitar dan juga pada diri anda sendiri supaya anda jadi minat terhadap apa yang anda buat. Tak kira dalam belajar, bekerja dan sebagainya.

Selamat berjaya.