5. Terima diri seadanya.

Tips yang terakhir ni akan melengkapkan kelima-lima tips bagi mengatasi rasa rendah diri yang sedang bertapak di hati kita.

Kadang-kadang, kita tak perlu jadi yang terbaik. Terbaik itu biasanya hanya dimiliki oleh seorang dua aje. Jadi, siapa pula yang nak jadi nombor tiga, empat dan seterusnya?

So, tak perlu paksa diri kita terlalu sangat. Terima aje keadaan kita seadanya.

Kita ni sebenarnya dah diciptakan dengan banyak kelebihan. Orang lain boleh nampak pelbagai kelebihan kita. Kita aje yang selalu terlepas pandang.

Orang tahu awak hebat, awak aje yang tak tahu, bang.

Jadi, cuba untuk belajar terima keadaan kita seadaanya. Tak semestinya orang kaya itu, cukup hebat dan berkeyakinan.

Tak wajib juga orang miskin itu pemalu. Ramai orang miskin yang tak sedar diri, kan?

Bangun pagi-pagi, cuba anda pandang ke cermin. Lepas mandi pun tak apa. Tengok betul-betul wajah anda tu.

Jangan pandang pada luaran mata anda. Tapi, cuba untuk pandang jauh ke dalam mata itu. Pandanglah ke mata hati anda.

Cuba tengok segala kelebihan yang ada pada diri anda. Kita hebat, kita ada macam-macam keistimewaan.

Jangan tak tahu, bahawa sebenarnya ramai orang yang amat mencemburui kelebihan yang kita ada.

Kadang-kadang kita rasa dengan tahu membuat kuih-muih, kek dan sebagainya, apalah sangat. Mak cik-mak cik kat rumah pun tahu.

Tapi, kita tak sedar, kak sebenarnya kelebihan yang kita ada tu tak semestinya dimiliki oleh semua orang. Allah bagi setiap hambanya tu dengan kelebihan-kelebihan yang memang special untuk mereka. Setiap orang ada keistimewaannya.

Ada orang hanya pandai memasak di dapur, tapi sangat pandai mengurus duit. Akhirnya, jadi kaya.

Ada orang tu berjawatan besar, pakai kereta mewah-mewah, tapi dungu dalam mengurus duit. Akhirnya jatuh papa.

Jadi, mulai sekarang, belajarlah untuk terima diri anda seadaanya. Mana yang rasa rendah diri lantaran penampilan yang kurang menarik, itu pun tak apa.

Tak semestinya mereka yang cantik-cantik itu orang suka.

Ramai orang kat luar sana yang nakkan anda bersama mereka. Jangan terlalu fikirkan pandangan orang terhadap anda.

Asal kita ikhlas, asal kita jujur, Allah mesti bukakan jalan buat kita.

Buang sifat rendah diri, jadilah kita manusia terbilang!