3. Bergaul dengan semua orang.

Anda akan merasakan bahawa anda cukup berkeyakinan apabila anda sentiasa cuba untuk menjadikan diri anda seperti itu.

Gaullah dengan semua orang. Tak kira yang tua, muda, remaja, belia atau pun golongan kanak-kanak.

Ini sangat penting sebab dengan bergaul bersama semua orang, anda akan kenal dengan banyak jenis orang. Anda akan belajar dengan banyak jenis manusia.

Ya, setiap manusia ni patternnya lain-lain. Tak sama. Ada yang nampak baik, tapi tak baik sebenarnya. Ada yang nampak macam ganas, padahal lembut.

Jadi, cubalah bercampur dengan semua orang. Jadikan diri anda sebagai magnet. Anda ada kuasa untuk menarik semua orang untuk bersama dengan anda.

Bila kita cuba untuk libatkan diri kita dengan semua orang, secara tak langsung kita akan belajar bagaimana untuk berhadapan dengan pelbagai situasi dan keadaan.

Berhadapan dengan dengan manusia tak sama dengan benda. Manusia ni punya hati, ada perasaan dan segala perkara yang perlu dijaga.

Jadi, semua ini memerlukan kemahiran yang sangat cekap untuk menguasainya.

Tak perlu susah-susah, libatkanlah diri anda dengan seberapa banyak aktiviti-aktiviti berfaedah di sekitar anda. Kalau ada aktiviti gotong-royong, kemasyarakatan di surau, masjid, atau di mana-mana sekalipun, cuba libatkan sama.

Dari situ anda akan mula mempelajari sedikit-sedikit teknik dan cara untuk memperbaiki kekurangan yang ada pada diri anda.

Perlahan-lahan, rasa rendah diri yang mulanya melekat kat peribadi anda itu, akan hilang, sedikit demi sedikit.

Percayalah…