2. Yakin pada kemampuan diri sendiri.

Ini pun masalah. Ramai daripada kita yang selalu sangat tak yakin pada kemampuan diri sendiri.

Nak buat apa pun sahaja, mesti rasa bahawa dia bukan yang terbaik untuk melaksanakannya.

Pernah kan berhadapan dengan situasi di mana anda diberi suatu tugasan atau pun tanggung jawab, di mana kadang-kadang tu anda rasa anda tak mampu untuk melaksanakannya. Padahal orang lain sangat mempercayai akan kemampuan anda.

Orang lain boleh percaya kepada anda, kenapa tidak anda sendiri?

Orang yang gagal selalu mempamerkan alasan. Sedangkan orang yang berjaya sering mempamerkan kehebatan.

Jadi, jangan cipta apa-apa alasan untuk anda berasa tak mampu. Anda mampu sebenarnya kalau anda mahu.

Kita yang membuat keputusan. Kadang-kadang kita kena paksa diri kita untuk yakinkan diri kita.

Kita selalu merasakan bahawa kita akan mendapat malu kalau kita gagal melaksanakan sesuatu tugasan. Dan akhirnya kita mengambil keputusan untuk mengelak daripada menerima tanggungjawab. Bukan macam tu caranya, dik.

Nak apa pun kejayaan dalam hidup ni, kita kena berani. Kita wajib tempuh cabaran.

Yakin bahawa setiap yang kita lakukan itu adalah yang terbaik untuk diri kita, terbaik untuk kawan-kawan kita dan itu juga yang terbaik untuk seluruh masyarakat.

Buat macam ni selalu, insyaAllah lama-lama rasa rendah diri akan hilang.