“Mak, adik nak tu, adik nak tu,” jerit si anak manja. Yang emaknya pun satu, anaknya tu bukannya nakkan apa, bukan minta jajan ke apa, yang dimintanya tu pun buah. Anak nak buah-buahan, salah ke, kak?

Buat ibu-ibu dan bapa-bapa semua, berilah anak-anak anda sebanyak mungkin nutrien yang istimewa, cukup dan sangat sempurna untuk anak-anak anda.

Anak ni kan anugerah Tuhan, apa yang diminta tu kalau tak salah, kalau bukan yang tak elok, maka berikanlah.

Nak apa adik tadi tu ya? Beriya-iya sangat dia tu. Ya, dia nak buah epal sebenarnya. Sejak kecil, memang minat sangat si adik comel tu kepada buah epal.

 Si emak tu pun bukannya sengaja-sengaja tak mahu belikan, tapi dah malas nak melayan karenah si anak. Maklumlah, asyik-asyik epal, asyik-asyik epal. Ada ke anak-anak yang macam ni?

Eh, ada. Jangan cakap tak ada budak-budak macam ni. Dalam banyak-banyak, satu mesti ada. Dalam seribu anak-anak kat dunia ni, mesti ada yang memang benar-benar merupakan penggemar epal.

Jadi, apa sebenarnya hebatnya epal ni? Elok ke buah ni kalau diambil selalu dalam pemakanan seharian kita?

1. Kaya dengan vitamin C.

Kajian menunjukkan dengan memakan 100 mg epal, ia akan memberikan kesan antioksidan yang sama nilainya dengan kandungan 1500 mg vitamin C. Ha, banyak tu.

2. Mengandungi bahan antioksidan.

Epal merupakan sejenis buahan yang sangat kaya dengan nutrien seperti flavonoid dan plyphenois yang merupakan bahan penting dalam bertindak sebagai antioksidan di dalam tubuh kita.

3. Membantu sistem penghadaman di sistem pencernaan.

Buat pengetahuan anda, epal juga mengandungi malic acid dan tartaric acid, yang mana ia membantu di dalam sistem pencernaan anda dan juga organ-organ berkaitan seperti hati.

4. Membuang bahan-bahan toksik daripada sistem tubuh.

Ini pun menarik. Epal ni bukan sahaja enak dimakan, bahkan ianya juga mengandungi sejenis bahan yang dipanggil pectin. Pectin ni biasanya terdapat pada bahagian kulitnya. Ia akan membekalkan glucoronic acid yang seterusnya akan menyingkirkan toksik-toksik daripada tubuh. Ha, sebab tu orang tua-tua selalu kata kalau makan buah jangan dibuang kulitnya. Banyak khasiat tu ya.

JADI, pembaca semua, marilah kita sama-sama menggunakan sebaik mungkin segala kurniaan unik Tuhan ini. Allah ni sayang sebenarnya kat kita. Kita aje yang kadang-kadang tu ingat yang Dia lupa kat kita. Allah tak macam tu, dik.

Bila kita senang, Allah ingat kita. Bila kita susah pun, Allah tetap juga sayang kat kita. Masakan Dia boleh lupakan kita, kalau setiap detik kita di atas muka bumi ni, kita terus menerus menggunakan segala nikmatnya tanpa ada hentinya. Ha, kan itu bukti Dia sayang kat kita.

Semua yang ada kat sekitar kita ni Allah yang punya. Pokok, tumbuhan, langit, matahari, bintang-bintang dan buah-buahan yang  saya sebut kat atas tadi pun Allah yang punya.

Jadi tuan puan, kalau tak kita yang nak gunakan nikmat ni, nak harap siapa lagi. Syukurlah banyak-banyak atas segala kurniaan yang indah ini. Allah bagi kita dengan segala nikmat yang jelas dan juga tersembunyi, cuma kita aje yang harus dan mesti mencarinya.

Salam ceria, salam hebat. Jom, kita makan epal!