HARI ini kita bicara soal motivasi. Kat mana-mana pun kita berada, motivasi mesti ada. Tak guna hidup kalau tak ada kekuatan dalaman yang benar-benar kuat.

Dan kekuatan dalaman inilah yang kita selalu sebut sebagai motivasi. Orang selalu cakap, “aku tak ada moodlah hari ni, malaslah aku nak pergi kerja,”

Bila berlaku macam tu, biasanya apakah yang sedang dialami oleh kawan kita tu, bang? Ya, tak lain tak bukan mereka itu sedang berhadapan dengan konflik dalaman.

Hati kena bersih. Jiwa perlu sentiasa dicuci. Nak cuci macamana? Nak cuci, kenalah dekatkan diri pada Maha Pencipta. Itu semua dah tahu.

Jadi, apa kaitannya motivasi dengan hidup kita ni? Mak cik, pak cik, abang, akak dan adik-adik semua, hidup kita ni akan rasa tak ada erti langsung kalau kita tak ada semangat dan motivasi. Nak buat apa pun, tak ada mood. Ya kan?

Nak ke kuliah, tak ada kekuatan. Nak ke tempat kerja, rasa malas. Nak masak, jadinya tak sedap. Nak makan pun kadang-kadang tu sampai tak ada selera. Hah, dasyat sangatlah tu.

Jadi anda semua, dapatkanlah motivasi anda. Kita semua punya motivasi dalaman yang telah sedia ada di dalam. Tak perlu tanya orang lain. Anda sendiri tahu apa motivasi anda.

Kalau nak betul-betul jelas apa itu motivasi diri, cuba ingat-ingat tatkala anda sedang bosan. Perkara apa yang selalu sangat yang terlintas kat kepala tu.

Ada orang, akan segera ingat ke kampung halaman. Ha, baliklah jumpa mak ayah. Lepaskan rindu kepada mereka. Mesti dapat semula kegembiraan, semangat dan motivasi kita.

Ada orang lain pula bila bosan, rasa teringin sangat nak bercuti ke luar negara, ke tempat-tempat yang sejuk. Rasa tenang aje. Orang macam ni tak perlu tunggu lagi, buatlah apa yang anda fikirkan itu (kalau mampu). Ke Cameron Highland pun ok. Tak semestinya ke luar negara.

Kalau itu dapat menghilangkan segala stres dan moody yang ada pada anda tu, maka buatlah. Tak salah kalau kita belanjakan wang yang kita ada untuk semua tu.

Kadang-kadang wang yang kita belanjakan untuk bercuti bersama keluarga itu, akan mendatangkan sesuatu yang jauh lebih bermakna buat kita suatu hari nanti. Siapa tahu?

Jadi, tak payah nak tension, tak usahlah nak mengeluh. Buatlah apa yang anda suka, selagi itu tidak bertentangan dengan agama.

Motivasi itu penting. Tak ada motivasi, semua benda pun tak jadi. Tak ada kekuatan dalaman, segala kerja biasanya akan tergendala.

Justeru, ubahlah hidup anda, mulai sekarang. Bila bosan aje, terus buat sesuatu perkara yang kita rasa itu akan menggembirakan kita. Kalau time tu rasa-rasanya belum cukup duit untuk melancong, tak apa. Kita tangguhkan dulu.

Buat perkara-perkara lain yang turut dapat menggembirakan anda. Takkanlah hanya melancong aje yang mampu menggembirakan anda, takkanlah macam tu, bang.

Salam motivasi, salam keceriaan, salam penuh keterbilangan dari saya. Selamat bergembira!