BILA mula rasa bosan. Jiwa pun rasa tak tenteram. Asyik nak moody aje. Maka, kembalilah kepada Dia. Tak ada lain yang dapat membantu kecuali Allah.
Jumpalah mana-mana pakar motivasi, pakar psikiatrik atau siapa pun juga, tak akan ada yang mampu menandingi kehebatan kuasa Tuhan.
Bila kita ingat Dia, kita akan tenang. Bila kita gelisah, hati macam ada aje yang tak kena, hah cuba lekas-lekas ambil wuduk, kemudian tunaikan solat sunat. Dua rakaat pun tak apa. Kalau boleh lepas tu, baca Quran sekali. Kemudian apa anda rasa?
Ya, ketenangan melalui jalan ini tak akan sama dengan ketenangan yang diperolehi daripada sumber lain. Ada orang nak tenang dengan menonton televisyen, dia rasa stres semua dapat hilang.
Ada abang tu pula nak hilangkan kusut dalam kepalanya, selalunya dia akan ke warung kopi atau kopitiam, berborak dengan member-membernya.
Ada akak tu pula, bila ada masalah, dia akan jalan seorang-seorang kat tepi pantai, nakkan ketenanganlah tu.
Betul, semua tu mampu menghilangkan segala kekusutan yang melanda anda. Namun, percayalah, ketenangan yang ini, kehebatan yang ini tak pernah dan tak akan sama dengan apa-apa pun ketenangan yang lain. Itulah Dia.
Jadi, jumpalah Tuhan, dekatilah Dia, sentiasalah dampingi Dia. Mana tahu, di kala senang pun kita masih mengingatiNya, tatkala susah Dia juga akan hadirkan kesenangan buat kita. Alhamdulillah.
Allah itu satu, tiada lain selain Dia!
April 24, 2010 at 10:59 am
sejak kebelakangan ini terlalu byk gejala sosial yg berlaku..terutama masalah pembuangan bayi…..
1)apakah cara untuk mengatasi maslah pembuangan bayi…
2)bagaimana untuk mengatasi masalah cemburu…kerana cemburu punca berlakunya jenayah cinta…
April 24, 2010 at 11:09 pm
Salam Asmah Hamzah.
1. Masalah gejala sosial seperti pembuangan bayi yang kian berlaku di negara kita sudah dilihat semakin sukar untuk dibendung. Pengawasan dan nilai-nilai murni daripada keluarga seharusnya disemai sejak di usia buaian sehinggaalah meningkat ke usia remaja. Penting ni.
Cuma masalahnya, kebanyakan anak-anak yang kian menganjak remaja, mereka seolah menganggap mereka dah dewasa. Ada yang dah mula nak ‘besar kepala’. Emak bapa pun kadang-kadang tak dihirau. Ini yang selalu kita risau.
Jadi, semua pihak wajib main peranan. Kita sebagai masyarakat juga mesti bertanggungjawab. Mana yang salah, wajib ditegur. InsyaAllah segalanya mampu dibendung.
2. Bila ada rasa cemburu, maknanya ada rasa sayanglah tu. Kita tak boleh nak nafi bahawa cemburu itu lahir dari rasa sayang dan cintanya kita akan sesuatu, yang sangat mendalam.
Jadi nasihat saya, cuba ingat betul-betul apa tujuan kita sayang sesuatu perkara atau seseorang itu. Biasanya, kalau sesuatu yang kita lakukan atau sesuatu yang kita sayang tu sandarannya adalah Allah, kita tak akan sedih dan cemburu sangat.
Kena selalu ingat bahawa dia pun bukan milik mutlak kita. Kita pun bukan milik dia. Hatta yang sudah berkahwin pun, isteri atau suami kita tu adalah hak mutlak Allah. Allah yang punya, bukan kita. Kita ni hanya dipilih oleh Allah untuk hidup bersamanya.
Cuba buat macam tu selalu, insyaAllah kita akan rasa lebih tenang.Sebab apa? Sebab Allah adalah cinta sebenar dan sandaran hati kita.
April 24, 2010 at 11:27 am
Salam Ceria, Salam Motivasi..
Mencari sesuatu yang hilang dalam diri seseorang, dia akan mencari Tuhannya kembali setelah berlakunya sesuatu perkara yang merumitkan hidupnya. Mereka akan kembali kepadaNya untuk mencari benda yang ‘hilang’ itu.
April 24, 2010 at 10:49 pm
Salam ceria dan motivasi buat kamu juga. Ya, Rebina Biru. Sesuatu yang ‘hilang’ itu hanya boleh diperoleh daripadaNya sahaja. Tiada lain selainNya!