SALAM kesejahteraan dan penuh keberkatan. Buat anda semua, saya ucapkan tahniah kerana terus mempunyai semangat untuk meniti hari-hari anda dengan cemerlang. Masih punya keinginan untuk mendapatkan lebih lagi suntikan motivasi.

Ya, motivasi itu perlu di dalam hidup. Dalam kita berasa lemah dan tidak bersemangat, motivasilah yang akan membantu kita selain kuasa Allah S.W.T tentunya.

Adik-adik dan pembaca semua, kali ini saya akan kongsikan petua-petua smart study yang paling berkesan. Moga-moga anda semua bakal berjaya, akan cemerlang dan terus membantu rakan-rakan anda untuk turut sama seperti anda. Percayalah, apabila kita memberi sesuatu, pasti ada pulangannya suatu hari nanti, insyaAllah.

Jadi, apa dia yang dikata smart studi? Saya akan berikan 10 petua belajar berkesan daripada Grace Fleming, kaunselor dan pensyarah di Armstrong Atlantic State University in Savannah, Georgia.

 

1. Menyiapakan jadual waktu tahunan seorang pelajar

Sebagai pelajar yang cemerlang, tentunya kita tidak boleh lari daripada tanggungjawab ini. Mulai daripada awal tahun, kita perlu sedar bahawa kita ini adalah amanat. Ya, kita ada tanggungjawab terhadap orang tua kita. Justeru, susunlah jadual waktu tahunan anda. Senaraikan kesemua jadual belajar mingguan, jadual waktu peperiksaan, assessment, dan apa-apa jua jadual tahunan di kuliah yang sepatutnya agar semuanya mampu berjalan dengan lancar dan teratur.

2. Bawa kelengkapan yang cukup semasa ke kelas atau kuliah

Ramai yang tidak sedar akan kepentingan yang nombor dua ni. “Alah, ke kuliah aje pun, bukannya ke mana. Bawa pen sebatang pun cukup.” Wah, kalau nak ke bandar, kalau nak jumpa ehem ehem, bukan main smartnya, bukan main dia punya lengkap. Tapi kalau ke kuliah, yang memang tempat untuk mengutip seberapa banyak ilmu dari situ, tak kanlah nak bawa sebatang pen aje. Lengkapkan diri anda dengan kesemua alatan yang cukup. Pen, pemadam, pembaris, buku nota, rujukan tambahan atau sebagainya.

3. Buat  hubungan dua hala dengan guru atau pensyarah

Ya, ini sangat penting. Jalinkan hubungan dengan pensyarah (jangan fikir yang bukan-bukan ya). Buat networking dengan semua pensyarah. Kalau kat dewan kuliah atau kelas, ada aje yang tak faham terus tanya. Kalau pensyarah yang awal-awal lagi tak izinkan soalan di tengah-tengah kelas, maka terus tanya sebaik tamat kelas. Kemudian, balik saja ke rumah, bincang dengan kawan, mana-mana yang tak faham, ajak mereka jumpa pensyarah. Dan ternyata ramai pensyarah yang suka dengan cara kita itu.

4. Bermain dengan warna

Saya rasa yang nombor empat ni agak seronok. Menarik bagi anda yang minat dengan warna-warna ni. Ada merah, biru, kuning, hijau dan sebagainya. Banyak lagi kan warna yang saya tak sebut? Ha, maka itu gunakanlah kesemua warna yang ada dan pernah ada di dunia ini di dalam motivasi belajar kita. Baru best, baru rasa seronok nak belajar. Ya tak? Saya berikan satu idea, yang lain-lain itu anda fikirkan sendiri. Apa kata anda gunakan warna-warna itu tadi di dalam pembacaan buku nota anda.

Warnakanlah di mana-mana. Kalau patut di nota harian, maka warnakanlah. Kalau rasa patut di buku rujukan, maka warnakanlah. Warnakan ni pun bukannya macam pertandingan mewarna budak-budak tadika itu ya. Patut-patutlah kalau ya pun. Maksud saya, warnakan sahaja point-point yang yang penting sahaja. Paling mudah, gunakan pen-pen yang berwarna untuk menggaris, highlighter pun boleh (walau pun ada motivator yang kurang bersetuju) atau apa sahaja jenis warna agar anda lebih terkedepan dan lebih bersemangat untuk studi.

5. Wujudkan study zone di bilik anda

Ha, yang ni saya rasa ramai pun yang dah buat. Ya kan? Tapi, saya rasa lebih ramai juga yang masih tak buat petua ni. Adik-adik, abang dan kakak sekalian, kita nak studi perlukan kekuatan. Ya, tak ada kekuatan yang cukup-cukup kuat, boleh ke kita studi. Tak ada semangat yang benar-benar kukuh, mampukah kita nak menghadap buku. Semata-mata hanya nak ingat fakta-fakta yang ada dalam buku itu.

Ada ke manusia yang suka studi? Tanyalah mana-mana manusia berjaya di dalam dunia ini, pasti mereka akan menjawab, “membaca dan mengulangkaji itu asalnya tidak seronok, bosan, tapi saya kuatkan semangat. Dan lama-lama ia akan menjadi keseronokan buat saya.” Justeru jadikanlah bilik anda sebagai zon atau ruang studi yang paling berkesan buat anda. Tulislah apa-apa kata semangat dan motivasi di dinding buat membakar semangat anda. Moga itu semua mampu menjadikan anda lebih bernafsu untuk studi.

 PETUA yang keenam? Saya akan sambung 5 lagi petua smart studi ini pada bab-bab yang berikutnya. Dan saya rasa yang baki 5 ini lagi-lagi penting. Tunggu ya. Selamat studi dan salam bahagia!