HAI, macam-macam. Ini adalah antara gelagat beberapa anggota polis yang keletihan.

Pasukan penunjuk perasaan antikerajaan di Thailand masih lagi melakukan tekanan ke atas kerajaan pimpinan Abhisit Vejjajiva. Mereka yang digelar ‘Baju Merah’ itu masih lagi berkumpul, berkhemah dan bergerak di hampir seluruh bandar Bangkok.

Kebanyakan daripada mereka adalah penyokong-penyokong kuat Perdana Menteri sebelum ini, Thaksin Shinawatra dan mereka dalam usaha mendesak Abhisit untuk membubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya baru secepat mungkin.