RINDU pada makanan ini. Bila sudah berada jauh di sini, serasa mengidam pula yang bukan-bukan. Alahai, tapai oh tapai.

Ada 2 jenis tapai. Si pulut dan si ubi. Masing-masing punya kelebihannya yang tersendiri. Ada yang menggemari tapai pulut. Ada juga golongan yang lebih memilih tapai ubi.

Diperbuat daripada bahan yang mudah sahaja. Ubi atau pun pulut, ragi dan gula yang dicampur kemudian akan dibungkus dengan daun tapai atau daun pisang.

Kemudiannya ia akan disimpan dan diperam selama kira-kira 3 atau 4  hari sebelum boleh dimakan apabila tapai itu telah masak dan mengeluarkan air.

 p/s Ada orang kata, hendak menyedapkan lagi rasa tapai ini, makan bersama-sama dengan ais dan santan kelapa. Haih, macam-macam.