SAYA rasa kesemua yang membaca entri ini sudah tahu mengapa kita perlu bersin. Apa itu bersin? Mengapa pula kita sering gagal untuk menahan diri daripada bersin?

Bersin adalah salah satu tindakan reflex yang dikawal oleh suatu bahagian pangkal otak yang disebut sebagai medulla. Medulla terletak di salah satu kawasan yang dipanggil sebagai brainstem.

Apabila sesuatu rangsangan ataupun apa-apa stimulus yang masuk ke dalam rongga hidung, stimulus itu akan menghantar impuls melalui saraf ke medulla.

Medulla kemudiannya akan mengantar impuls ini kembali kepada otot-otot yang membuatkan mata kita tertutup, paru-paru menghembuskan  udara selaju kira-kira 100mph dan lain-lain otot juga untuk mengecut seperti dada.

Pada masa yang  sama juga, otak dan medulla tidak sama sekali akan mengantar gelombang atau pun impuls ke jantung untuknya berhenti bekerja.

Jantung akan terus berdegup dan berdetak seperti sedia kala walau sebanyak mana pun anda bersin!

Justeru, hargailah setiap aturan dan kejadian unik Maha Pencipta ini. Semoga semua ini dapat menambahkan lagi kepercayaan dan keimanan kita kepadaNya. Amin.