SALAM sihat dan penuh keberkatan buat  anda semua. Semoga semuanya berada di dalam keadaan yang penuh kesenangan di dalam limpahan nikmat kurniaan Tuhan.

Apa khabar jiran anda? Apa cerita saudara-mara anda? Sihat atau pun tidak mak cik-mak cik yang selalu kita terserempak semasa ke kelas atau pun ke tempat kerja?

“Sesungguhnya Tuhan membenci kepada manusia yang bermasam muka kepada saudara-saudaranya” (Hadith)

Marilah kita sama-sama memperbanyakkan senyuman kita kepada manusia lain. Tidak mahu ketawa, cukup sekadar pemanis mulut, senyuman yang akan membuat seluruh orang sekitar kita merasa kesegarannya.

Dengan bermasam-masam sering menimbulkan ketidak akraban sesama kita. Yang dekat, seakan dijauhkan. Yang jauh, seolah-olah dijauh-jauhkan lagi.

Jadilah kita orang yang sering melemparkan hadiah buat teman-teman, buat sahabat-sahabat, juga untuk semua jiran tetangga kita.

Senyum itu suatu sedekah. Mari kita bersedekah, kita memberi orang lain menerima. Moga-moga kedua-duanya menerima ganjaran yang sama. InsyaAllah.

Salam kemesraan!