INI adalah kisah tauladan dan pengajaran buat anda, saya, para pesakit dan kaum pengamal perubatan sekalian.

WORCESTERSHIRE (England): Seorang ibu terpaksa menanggung derita selama tiga bulan sebelum doktor mengesahkan ada penyepit tertinggal dalam badannya selepas menjalani pembedahan.

Imej penyepit dilihat melalui X-ray

Dalam pendedahannya semalam, Donna Bowett berkata, dia membuang pundi hempedu setahun lalu.

 Selepas itu, katanya, dia mula mengalami rasa tidak selesa dan sakit setiap kali menggerakkan badan.

“Awalnya doktor menyangka saya terkena jangkitan kuman atau masalah pundi hempedu berulang,” katanya.

Justeru, Donna berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan atas kesakitan dialaminya.

 Menurut jururawat berusia 39 tahun itu, dia melalui proses imbasan MRI di Hospital Alexandra di Redditch

Bagaimanapun, daya magnetik yang digunakan dalam imbasan itu cuba menarik penyepit berkenaan keluar dari perutnya.

“Ketika itu saya berasa kesakitan yang amat sangat dan mula menangis.

“Malangnya, kakitangan hospital bertanya sama ada dalam badan saya ada besi,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, kata Donna, seorang daripada mereka turut menyindir dan mendakwa kecuaian kakitangan pembedahan meninggalkan peralatan dalam badan tidak lagi berlaku pada zaman ini.

Akhirnya Donna membuat pemeriksaan x-ray di tempat kerjanya, Hospital Worcestershire.

Ketika itu barulah penyepit besi itu dapat dikesan.

Donna kini mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital berkenaan.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Hospital Akut Worcestershire, John Rostill, menganggapnya kes luar biasa dan kesal dengan kejadian itu.

“Kami memohon maaf atas kecuaian berkenaan,” katanya.

SUMBER

AGAK lucu dan memalukan bukan?

Sebagai manusia yang diberi tanggungjawab oleh Allah untuk melaksanakan amanat ini, maka wajiblah kita melaksanakannya dengan penuh kesungguhan dan ketelitian.

Memang selalu dikata orang, ‘malang itu tidak berbau’. Namun, untuk menjadi manusia yang terbilang, cemerlang dan sempurna pada segala aspek, maka lakukanlah apa pun jua pekerjaan dengan sebaik mungkin.

InsyaAllah, akan berjaya!