DI DALAM penjara pun boleh ber’facebook’? Aduhai hebat benar ya dunia sekarang ini. Mungkin inilah yang sering dikata ‘dunia jaringan tanpa sempadan’.

 Hari ini Britain memberi amaran akan mengenakan hukuman berat ke atas banduan yang menyalahgunakan Facebook. Hal ini disebabkan oleh tindakan seorang penjenayah yang menyalahgunakan laman web sosial itu.

Walaupun berada di dalam penjara kawalan keselamatan maksimum dengan hukuman penjara 35 tahun, Colin Gunn, yang digeruni di Nottingham hingga kawasan itu dianggap ‘bandar pembunuhan’, sempat menggunakan laman web sosial itu untuk mengugut musuhnya! 

Gunn, 42, menjadi dalang pembunuhan balas dendam pasangan John dan Joan Stirland di banglo mereka di Lincolnshire pada 2004 dan dikaitkan dengan tembakan ke atas pereka barang kemas Marian Bates hingga menyebabkan kematiannya pada 2003.

 Sejak berada di penjara, dia berkomunikasi secara bebas dengan kira-kira 565 rakan penjenayah dalam Facebook sebelum akaun facebooknya dihentikan pada Jumaat lalu, 29 Januari 2010.

 Antara tulisan (posting) yang sempat direkodkan oleh the Times ialah seperti berikut:

 “I will be home one day and I can’t wait to look into certain people’s eyes and see the fear of me being there.”

Antara posting yang lain pula ialah:

“It’s good to have an outlet to let you know how I am, some of you will be in for a good slagging, some have let me down badly, and will be named and shamed, f****** rats.”

Sekali dengar, agak lucu. Dua kali dengar, meremang bulu roma. Kekadang itu penggunaan laman maya ini seharusnya lebih banyak dipantau oleh pihak berkuasa. Tidak seharusnya dibiarkan bebas dalam penggunaannya. Kalau ianya dibiarkan tanpa batas dan sekatan, beginilah jadinya. 

Jaringan dunia tanpa sempadan ini memang banyak baiknya. Namun, banyak juga buruknya. Gunakanlah sebaiknya. Moga mendatangkan kebaikan buat seluruh umat sejagat!

 Lagi tentang Colin Gunn, klik sini.