DUNIA semakin pincang, sendat dan penat dengan pelbagai rencam hidup. Dan hari ini suatu lagi letupan bom, kali ini di Baghdad pula. Tidak habis satu, satu yang lain pula muncul!

Dan letupan berani mati ini pastinya merupakan satu lagi tamparan cukup hebat buat kerajaan Iraq menjelang pilihanraya parlimennya, Mac nanti.

Pasukan penyelamat sedang mengeluarkan mangsa-mangsa letupan bom di Baghdad, Iraq, Isnin, 25 Januari 2010.