KUDAT 12 Jan. – Kira-kira 13,000 guru Bahasa Inggeris diperlukan bagi menampung kekurangan di sekolah seluruh negara yang kini berada pada tahap mendesak.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, tenaga pengajar dalam bahasa tersebut amat diperlukan bagi memastikan pencapaian dalam subjek itu tidak terjejas.

“Kementerian mendapati masalah kekurangan guru bahasa Inggeris begitu kritikal sekali malah hingga menjejaskan prestasi pelajar terutama di kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat beberapa sekolah di Pulau Banggi yang memakan masa kira-kira sejam perjalanan dengan bot dari sini hari ini.

SUMBER

MENGAPA boleh jadi begini? Di mana anak-anak Melayu kita? Paling tidak pun, di mana lagi rakyat Malaysia yang mampu menjadi pembimbing buat anak-anak negara sendiri?

Asyik berbicara soal pendidikan yang kian diperkukuhkan, sampai kekadang kita terlupa bahawa kita sedang ketandusan anak Malaysia yang mampu memperkasakan Bahasa Inggeris ini.

Bukan soal mainan, namun ini soal dunia, cerita rakyat dan masalah masyarakat. Apa salahnya disamping mengagungkan bahasa ibunda, kita ‘kepil’kan sama bahasa ‘international’ ini. Tidak salah bukan?

Dunia bergerak tanpa sempadan. Tidak menoleh ke belakang pun lagi. Siapa yang lambat, akan tertinggal!

3 Faktor pada hemat saya menjadi punca wujudnya masalah ini:

1) Kurangnya pendidikan seawal usia prasekolah kepada anak-anak terhadap Bahasa Inggeris.

2) Institusi keluarga masih kurang memainkan peranan mereka untuk memupuk anak-anak bertutur Inggeris.

3) Kesedaran yang masih rendah dan cetek di kalangan masyarakat Malaysia sendiri terhadap pentingnya ‘communication skill’ dalam Bahasa Inggeris ini.

Jangan sampai suatu hari nanti, di kala pihak kerajaan terpaksa mengimport tenaga pengajar asing untuk mengajar anak-anak kita, baru mahu sibuk-sibuk menggigit jari.

Malaysia sudah merdeka. Biarlah kemerdekaan ini dikecap dalam segala aspek. Merdeka mental, fizikal, rohani, juga pada segala perkara!