ANDA kerap berhadapan dengan masalah ini? Murung sentiasa. Selalu marah-marah. Mari berkongsi 5 faktor kepada masalah kemurungan ini.

Masalah kemurungan dan depresi yang berlebihan perlu mendapatkan rawatan daripada pegawai perubatan.

1)      Genetik – Faktor genetik dan keturunan memainkan peranan dalam mempengaruhi tahap kemurungan seseorang.

2)      Stress – Faktor sosial dan persekitaran juga memainkan peranan dalam mempengaruhi kadar kemurungan. Ini termasuk disebabkan masalah kewangan, putus cinta, penyesuaian hidup di sesuatu tempat kerja atau belajar atau juga disebabkan kematian seseorang yang disayangi.

3)      Pessimistic personality – Mereka yang mempunyai personaliti ini mempunyai tahap keyakinan yang rendah. Mudah untuk berasa untuk melihat pandangan yang negatif terhadap persekitaran

Tahap tekanan yang tidak dikawal boleh membawa kepada kesan yang lebih buruk.

4)      Fizikal – Faktor fizikal juga memainkan faktor penting. Penyakit-penyakit yang kronik khususnya seperti darah tinggi, kencing manis mahu pun sakit jantung akan mengakibatkan seseorang itu mudah untuk berasa murung dan tertekan.

5)      Faktor lain – Faktor-faktor lain ke arah kemurungan ini ialah seperti penyalahgunaan ubatan, penyakit skizofrenia,  anxiety disorders atau pun sebagainya.

SUMBER

Jadilah kita manusia yang sentiasa tersenyum. Bukankah tersenyum itu adalah lebih mudah berbanding bermuram duka!