Kaaf, Haa, Yaa, Ain, Saad…

DALAM duduk diam-diam, saya termangu sejenak. Bingung. Runsing memikirkan permasalahan yang hadir sejak akhir-akhir ini. Masalahnya pun bukanlah besar mana. Sekadar mengganggu-gugat keharmonian perjalanan hidup saya.

(Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria.

Bagaimana seorang hamba yang tercipta dengan sifat-sifat kesempurnaan seorang manusia, Zakaria begitu kuat pegangannya kepada Rabbul Alamin, Raja sekalian alam.

Hal itu mudah bagiKu kerana sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedang engkau pada masa itu belum ada sebarang apapun.

Aduh, betapa benar kalimat-kalimat ini. Andai mahu sahaja Dia berbuat, maka jadilah ia!