MENYELAK-NYELAK kembali lembaran dan kisah-kisah hidup yang lepas terkadang membuatkan saya rasa tidak kering gusi. Manakan tidaknya, bermacam-macam rencam dan ragam yang telah dilalui sepanjang berada di Perlembahan Nil ini.

Bermula daripada hari pertama, 6 Oktober 2004 menjejakkan di sini sehinggalah ke saat ini, saya tidak henti-henti diterjemahkan dengan limpahan realiti kehidupan yang kian menjadikan saya seorang khilaf yang masih wujud kurang dan nistanya.

Sebaik tangan ini memetik satu-persatu papan kekunci ini, serasa ianya akan terus bergerak, menggayakan irama ayunan jemari yang sentiasa membutuhkan sesuatu yang baru. Huh, inikah yang dinama ‘gian’? Atau lenggok bahasa yang lebih elok dan lembut barangkali, sebagai ‘ketagih’?

Bukannya saya mahu mencetus-cetuskan sesuatu yang bisa diuar-uarkan sebagai bahan jenaka. Tidak juga sengaja meribut-ributkan keadaan yang telah tersedia molek, indah dan sempurna ini. Sekadar cuba menghentikan gelak saya yang seakan tiada hentinya sedari tadi.

Haha. Inilah Mesir!

SEBELUM. Boleh baca?

Ini adalah salah satu pengalaman baru dan unik yang saya peroleh tatkala berada di sini. Nombor pendaftaran kenderaan dan motosikal di sini yang perlu didapatkan melalui suatu sistem yang agak berbeza dengan di negara kita, Malaysia. Perlu berjam-jam, berhari-hari, bahkan ada yang berminggu -minggu untuk mendapatkannya. Dapatnya pula dengan rupa seperti di atas!

Aduhai…

SELEPAS. Selepas melalui beberapa proses pemulihan daripada saya, inilah hasilnya! Boleh baca?

Inilah yang sering dikata sebagai Dunia. Dunia oh dunia… Senyumlah sentiasa teman-teman. Semoga dengan itu mampu membuatkan kita terus ceria dan ‘muda’ menempuh segala liku dan tribulasi di masa hadapan!