SETIAP yang tergerak itu belum tentu mendatangkan hasil yang baik. Menghadirkan natijah yang dicari, kerana manusia itu lahirnya dengan sifat yang masih wujud  cacat, cela dan jahilnya.

Biar terlajak perahu, jangan terlajak bicara. Lajak perahu itu boleh diundur, lajak bicara bahana padahnya!

Manusia memang terkadang gagal untuk menyedari bahawa penciptaan mereka di atas muka bumi ini adalah semata menanti sentuhan kecemerlangan mereka untuk dipetik. Mencari-cari apa yang sering dikata aura kebolehan di dalam diri. Namun, masih juga lupa, tetap juga enggan untuk menerima ungkapan falsafah ini.

Mengapa?

Biar dikata, kurang senang diajak bicara. Jangan sampai dikata penyumbang fitnah, perosak perpaduan. Diam-diam itu jangan disangka sebuah tin yang kosong. Diam-diam itu barangkali berisi!

Bicaralah dengan kehebatan akal yang bijaksana. Jangan terlalu mengikut hawa. Apa yang berlaku hari ini, maka jadikanlah sempadan

(Saya merujuk kepada kes seorang pelajar yang sedang didakwa di mahkamah ketika ini atas kesalahan mengeluarkan ungkapan yang berbentuk ancaman kira-kira 5 hari lepas di laman maya sosial Facebook)

Sama-samalah kita beroleh pengajaran.