MENJELANG seminggu lagi untuk pulangnya saya kembali ke tanah Mesir, jiwa ini sering merasakan bahawa masih terlalu banyak sebenarnya cabaran dan liku yang perlu ditempuh sebagai seorang khalifah muka bumi. Serasa kepulangan ini sengaja diiringkan sama dengan hadirnya wajah baru 2010.

Manusia dilahirkan sememangnya bukan untuk mengecap hidup bersenang-lenang. Cabaran dan dugaan memang sengaja diciptakan untuk menjadikan saya dan kita semua anak Adam lebih menjadi manusia berjaya. Cemerlang dunia dan akhirat.

Hari-hari dan saat-saat manis serta kenangan yang menghiburkan sepanjang  tahun 2009 ini bakal ditinggalkan. Ya, tahun yang sesungguhnya memberikan terlalu banyak deretan cerita manis, suka dan duka buat saya. Juga kisah-kisah yang kekadang itu tidak pernah terduga buat saya, jalan yang seakan sengaja dibentuk untuk kehidupan masa hadapan saya.

 Semoga hari-hari mendatang menempuh cabaran 2010  menghadirkan lebih kekuatan dan kecemerlangan untuk saya, keluarga, insan lain yang  sentiasa bersama saya, juga buat semua pembaca SangMentari!

p/s Semoga baki setahun di Perlembahan Nil akan ditempuh dengan sejuta satu kenangan dan saat-saat yang menjayakan.