DALAM meniti hari-hari yang sering disibukkan dengan perkara yang kekadang itu melalaikan dan membazirkan masa, saya sendiri terkadang terdesak untuk mengungkapkan ungkapan lalai buat manusia-manusia yang gagal untuk memanfaatkan tiap-tiap saat denyutan nadi pemberian Ilahi.

Ya, deretan peluang untuk kita memperhambakan diri kita kepadaNya seharusnya dimanfaatkan sebaiknya sebelum datangnya Izrail buat kita merasa sedutan terakhir nikmat udara muka bumi.

Sekadar mengingatkan diri sendiri yang telah sedianya leka, marilah kita mengubah peribadi kita andainya selama ini masih wujud kurangnya iman dan keikhlasan hati kita dalam melaksanakan setiap suatu itu.

Jangan mudah merasa lemah dengan iblis dan taghut kerana sudah sedia arif bahawa tugasnya itu untuk menghasut dan menyesatkan setiap anak-anak Adam ke lembah penghinaan, mengajak setiap waris-waris Hawa mengikut mereka, menjadi tunggangan mereka di muka bumi, alam fana ini.

Deras perjalanan kita masih jauh, teman-teman. Kembalilah kepadaNya. Kuatkan iman dan hati. Pandulah setiap tindakan berlandaskan kalam dariNya.

p/s moga saya diberi kekuatan dan kesungguhan untuk kembali aktif menulis.