janganlah menangis lagi.. mari sini, saya pujuk.

RAMAI antara kita yang terlalu mudah tersinggung dan lantas menangis. Menangis dan terus menangis. Benar bukan?

Mengapa mesti mengeluarkan air mata? Bukankah air mata itu amat berharga untuk kita? Patutkah ianya dibazirkan begitu sahaja? Apa perlunya menangis?

1)      Ada orang menangis kerana hatinya disakiti. Apabila diperlakukan oleh seseorang dengan tindakan yang tidak digemari, mereka mudah untuk menangis. Perkara ini mudah berlaku kepada kaum wanita. Benar bukan?

2)      Ada juga yang menangis kerana meratapi kehilangan atau pun kematian seseorang yang amat mereka kasihi. Ibu, ayah, adik-beradik atau pun orang yang terdekat.

3)      Ada juga yang mengeluarkan air mata lantaran gagal untuk mengawal tekanan emosi yang terlalu menghambat diri. Mungkin disebabkan bebanan di tempat kerja atau tugasan-tugasan yang diletakkan sepenuhnya kepadanya.

4)      Tidak kurang juga mereka yang menangis kerana terlalu gembira. Ya, terlalu gembira juga boleh meyebabkan kita mengeluarkan air mata. Itulah yang dipanggil air mata gembira.

 Persoalannya di sini, mengapa manusia menangis? Mengapa juga menangis ini sering kali dikaitkan dengan kaum wanita?

____________________________________________________

Terdapat beberapa kajian dan teori yang mengaitkan manusia dengan proses pengeluaran air mata ini atau pun menangis. Salah satunya ialah perkaitan antara hormon prolactin dan juga aktiviti pengeluaran air mata.

__________________________________________________________

Ini kerana terdapat kajian yang mendapati bahawa terdapat protein di dalam air mata juga turut sama merupakan salah satu komponen penting di dalam hormon prolactin tersebut.

Hormon prolactin yang terdapat lebih banyak di kalangan kaum wanita, khususnya mereka yang sedang menyusukan anak, didapati membantu proses pengeluaran air mata.

Di samping itu juga, ia juga mampu memberi kesan ketenangan emosi kepada manusia. Ini telah terbukti kepada ibu-ibu yang baru melahirkan anak, mereka didapati lebih tenang pada seminggu pertama selepas melahirkan anak.

Justeru, mengapa wanita kerap kali menangis? Ha, jawapannya sudah saya berikan. Bukan kerana mereka makhluk yang lemah. Namun, kerana aturannya memangnya begitu.

Selamat menimba ilmu. Selamat mengumpul manfaat. Saya menulis sekadar berkongsi apa yang memanfaatkan kita bersama. Semoga berjumpa lagi!