HARI ini genap lebih seminggu SangMentari senyap daripada sebarang bicara. Banyak perkara yang saya tempuh sepanjang tempoh berkenaan. Dan pada entri kali ini tergerak saya untuk berkongsikan kesemua kisah tersebut di sini. (Jarang saya berbuat begini, baca ya.) Maaf, entri ini agak peribadi. Sekadar melepaskan gian untuk menulis.

1)      Lebih seminggu yang lalu, saya mula mengorak langkah untuk menyiapkan diri menghadapi peperiksaan clinical round general medicine. Baru sahaja selesai pagi tadi.

2)      Dalam kesibukan itu, diberi sedikit hadiah dari Tuhan. Bilik saya hampir-hampir sahaja terbakar dijilat api.

Kebakaran di tempat tinggal saya
Kebakaran yang berlaku betul-betul di bawah bilik saya. Mujur sempat menutup tingkap. Jika tidak, pasti bakal menyinggah juga ke bilik saya.

Keadaan bilik saya selepas kebakaran. memang bersepah.(terus lari keluar selepas dapat tahu ada kebakaran)
Keadaan bilik saya selepas kebakaran. Maaf, memang bersepah (terus menyelamatkan diri selepas dapat tahu ada kebakaran)

3)      Lantai bilik saya merekah. Menurut Tuan Pengarah Jabatan Penuntut di sini (JPMK), bilik saya tidak selamat untuk didiami. Terpaksa berpindah ke bilik sementara. (Sebuah dorm sebenarnya. Teringat zaman sekolah dahulu). Proses pembaikpulihan dijangka memakan masa selama 2 atau 3 bulan. Dugaan-dugaan…

Bilik saya turut hangus dijilat api (dari dinding luar sahaja)
Bilik saya turut hangus dijilat api (dari dinding luar sahaja)

Lagi tentang kebakaran ni, klik sini ya.

Lihatlah, apa yang telah terjadi... takziah buat ustaz Suhaimi (mangsa kebakaran.
Lihatlah, apa yang telah terjadi... takziah buat ustaz Suhaimi (mangsa kebakaran).

Wajah ceria setelah tamat exam pagi tadi... alhamdulillah.
Wajah ceria setelah tamat exam pagi tadi... alhamdulillah.

4)      Jadi, untuk baki dua minggu di Mesir ini, saya terpaksa tinggal di dorm tersebut. Insyaallah esok mula berpindah ke sana.

Sungguh manis hidup sebagai seorang penghibur di alam indah ini, penuh dengan suka dan duka!

Ya Allah, mudahkan urusanku.