smartkah kita???

“Eh, kau study berapa jam hari nie?”

Pernah dengar soalan seperti ini. Atau pernahkah anda yang bersoal seperti itu? Realitinya, kita sering mendengar ungkapan seperti itu bukan. Paling tidak pun bunyinya tentunya begini.

“Kau berapa hari buat overtime bulan nie?”

“Eh, mamat, awak berniaga apam balik tu berapa hari ya dalam seminggu?”

Ya, tentu sekali kita sering mendengar ungkapan-ungkapan sedemikian rupa bukan? Baik mereka yang profesional, kalangan mahasiswa, pelajar  sehinggalah kepada golongan petani atau pun buruh kasar.

Lumrahnya memang begitulah. Manusia lebih gemar menilai sesuatu itu pada kuantiti yang terzahir dek mata. “Berapa banyak ya kereta yang kau jual kat dalam kedai kau nie? Tentu menjadi bisnes kau nie.” Mengapa tidak mahu bertanya seperti ini, “berapa banyak kereta yang telah kau jual bulan ini?”

“Banyak mana yang kau dah faham Siti?” Pernah kawan anda bertanya seperti itu. Rata-rata lebih gemar bertanya banyak mana yang telah diperuntukkan untuk studi bukan menilai apakah hasilnya.

Segalanya perlu smart, kawan. Apa itu smart? Ya, dalam melaksanakan apa jua, mesti ada perancangan. Smart perlu ada. Bukan hanya usaha sahaja. Sampai masa, tiada apa pun yang terhasil.

Bagi seorang pelajar, belajar sejam itu terkadang sudah mencukupi untuk menghasilkan keputusan dan hasil yang sama dengan seorang pelajar lain yang menghabiskan masa selama berjam-jam lamanya. Ini tidak semestinya betul ya. Namun harus ada benarnya!

Apakah sama mereka yang belajar dengan begitu fokus dan seorang lagi sambil mendengar muzik atau mungkin juga sambil baring-baring? Belajar lima jam dengan mendengar muzik, sambil baring, di kawasan yang tidak cukup  kondusif akan menghasilkan natijah yang sama sahaja dengan mereka yang belajar sejam namun cukup sempurna. Fokus dan berada di dalam situasi yang tiada gangguan luaran. Cukup tenang.

Jelas bukan bahawa bukan usaha luaran sahaja yang harus dilihat. Kekadang kita melihat seseorang itu tidak nampak langsung kewibawaannya. Tak nampak langsung kerajinannya. Asyik main sahaja. Namun setiap kali peperiksaan, dialah yang top. Dia jugalah yang menjadi pelajar terbaik.

Mengapa ini berlaku? Nah, jawapan sudah saya berikan. Smartlah dalam setiap tindakan. Jangan keburu mencari hasil sedangkan lupa kaki sedang melangkah, mata sedang melihat, akal masih berfikir. Sama-sama renungkan…