Mahu tak mahu, kena buat!!

HENDAK berjaya, kita yang perlu berusaha. Bukan orang lain. Ingin kejayaan, kita juga yang mesti bekerja keras. Orang lain cuma membantu sahaja. Tapi kita yang perlu berusaha sendiri.

Ramai manusia gagal bukan kerana mereka tidak bijak atau kurang pandai. Tetapi mereka gagal sebenarnya kerana mereka membuat kerja bodoh. Ya, kerja bodoh!

Tuhan telah sebutkan dalam Surah Insyirah, disebalik setiap kesukaran itu ada kesenangan. Dua kali Allah sebut ungkapan itu. Justeru  mengapa mesti melakukan kerja seperti tidak berakal? Kenapa mesti lekas sangat mengeluh?

Apakah setiap yang telah berlaku itu dapat diputar kembali? Adakah hidup ini boleh diulang-ulang siarannya seperti rancangan siaran di kaca televisyen? Fikirlah sendiri ya.

Menurut Thomas Edison, tidak ada pengganti kepada kerja kuat.

Ya, ungkapan ini amat bermakna kepada kita semua. Semua perkara di muka bumi ini walaupun sebutir zarah sekalipun memerlukan usaha.

Hendak main bola sepak sekali pun, memerlukan seseorang itu berjalan kaki atau menunggang sesuatu untuk ke padang bola. Tidak boleh hanya memejamkan mata sahaja terus sampai ke situ.

Hatta ingin makan menyuapkan makanan ke mulut juga memerlukan tangan untuk memasukkannya. Aduh, tidakkah ini juga dikata usaha?

Justeru, jangan malas-malas. Mulakan gerak sekarang. Bagi yang semakin sibuk dengan tugasan harian atau pun yang mula berhempas pulas dengan musim peperiksaan, teruskan pecutan anda.

Mahu tak mahu, suka tak suka, mesti buat, perlu kerja keras!

Kita sebenarnya jauh lebih hebat dari apa yang kita sangka. Selamat berusaha!