sayangi dampingilah aset kita

KALAU bapa dia orang kaya, dan anak dia sekarang pun kaya saya tak kisah. Jika memang dia anak seorang yang hebat-hebat, dan  dia sekarang menjadi orang yang cukup dikenali saya juga tak hairan.

Kalau emak dan ayah dia seorang pemimpin tersohor tanah air, dan anaknya sekarang menjadi pemimpin hebat di kolejnya, lagilah saya tak kisah.

Tapi yang saya akan kisah ialah apabila ada orang yang miskin, manusia yang asalnya susah, tinggal di kampung, ceruk pedalaman  atau pernah merempat di mana-mana  kini menjadi manusia yang kaya.

Ibu bapanya dulu sering kali tidak dipandang masyarakat dan kini anaknya mampu mengangkat nama keluarganya ke satu tahap yang sungguh luar biasa. Ini yang saya akan pelik.

Ha, tentu sahaja ada butir-butir mutiara yang kita harus kutip daripadanya. Orang macam ini yang seharusnya kita dekati. Sepatutnya kita cungkil segala rahsia yang ada di dalam dirinya.

Yalah, kalau tidak kerana suatu yang luar biasa, mana mungkin dia boleh keluar dari kepompong sempit keluarganya sehingga mencapai tahap seperti dicapainya pada hari ini.

Jadi, macam mana mahu mencuri segala rahsia-rahsia daripada orang ini? Adakah jalan-jalan  dan petua-petuanya?

Ya, tidak lain tidak bukan ialah dengan bertanya, berkawan, dan bergaul dengan orang seumpama ini. Jadikan mereka kawan. Selalu orang kata, berkawan biar beribu, bercinta biar satu. Selalu dengar bukan?

Justeru, carilah aset kita mulai sekarang. Mereka itulah merupakan aset kita yang paling berharga. Kenapa mahu mencari benda yang belum pasti ke mana hala tujunya, sedangkan mutiara di depan mata kekadang kita sendiri terlepas pandang.

Mari, kita kumpul aset kita yang paling berharga… Jom!