kemahuan si buta perkasa

RAMAI orang gagal kerana diri mereka sendiri. Kemahuan tidak cukup kuat. Adakah begitu mudah untuk melafazkan bahawa aku memang tidak layak untuk bergelar orang hebat. Memang aku manusia biasa-biasa. Layakkah kita?

Menurut Arthur Schopenhauer, kemahuan adalah laksana orang buta perkasa yang mendukung orang lumpuh yang dapat melihat.

Aduh, betapa benarnya kata-kata itu. Bagaimana si buta yang tidak dapat merasa nikmat pandangan yang saban masa kita nikmati ini mampu melakukan pengorbanan sebesar itu. Bagaimana pula dengan manusia normal seperti kita? Tidakkah diri ini berasa tercabar?

Apa akan jadi kepada kita sepuluh tahun akan datang adalah lantaran keinginan yang kita pasakkan pada hari ini.

Ya, sejauh mana kita mampu meletakkan keinginan yang betul-betul dalam, kukuh dan kejap, di situlah sebenarnya kita telah melakukan langkahan pertama ke arah kegemilangan.

Ingat ya, kita menjadi gemilang dan hebat bukan untuk diri kita sahaja. Bahkan agama, masyarakat sekeliling dan negara akan turut berbangga dengan kejayaan kita.

Tidakkah itu akan dibalas juga akhirnya nanti? Fikir-fikirkan…