mencari hebatnya bernama diri

“Menerobos motivasi sempadan minda” adalah bertujuan supaya setiap manusia kenal akan matlamat kejadian kehadiran mereka di muka bumi. Kita hebat sebenarnya. Mengapa jadi lemah? Mengapa mahu terus ke belakang?

Hari ini SangMentari sudah berwajah baru. Misi akan lebih terarah kepada penulisan-penulisan motivasi yang dapat membantu kita mengenal aura kehebatan diri.

Selalu orang bertanya, bagaimana mahu menjadi hebat? Macam mana boleh sentiasa cemerlang? Ya, kekadang kita sendiri lupa bahawa tuhan ciptakan kita dengan kelebihan tersendiri. Setiap kita punya kelebihan tersendiri. Masing-masing ada emas yang perlu digali.

Hidup adalah satu siri pengalaman, setiap satunya menjadikan kita lebih dewasa, walaupun ia sukar untuk kita sedari. Dunia diwujudkan untuk membentuk keperibadian, dan kita harus belajar bahawa kegagalan dan kesedihan yang dialami akan membolehkan kita terus mara ke hadapan. – (Henry Ford)

Usah sia-siakan mutiara yang tersedia dalam diri. Jadilah manusia terbilang. Mulai sekarang!