BUDAYA tag mentag ini akhirnya terkena juga kepada saya. Tag untuk saya ini datangnya daripada seorang teman jauh di Tanah Melayu, si Permata Nusantara. Ada 4 peraturannya:

Letakkan Lencana atau Logo yang Terpapar di Blog.

TAK perlulah ya.

Ceritakan Serba Sedikit Tentang Pemberi Anugerah dan Buat Pautan.

DALAM konteks ini, saya perlu menceritakan tentang orang yang mentag saya iaitu Permata Nusantara. Siapa ya dia ini? Untuk menceritakan panjang lebar memang saya bukanlah orangnya. Tidak arif pun segala perkara tentangnya. Sedikit-sedikit itu bolehlah.

Permata Nusantara ini saya kenalinya melalui sahabat maya walaupun hakikatnya pernah berada di kelas yang sama semasa di sekolah. Macam mana itu? Hendak tahu lebih lanjut, tanyalah tuan punya tanah ya.

Seorang penggemar mihun sup. Suka kepada kanak-kanak. Fobia kepada si kucing. Tabah dan  sabar. Agak penakut walaupun berjiwa besar. Tinggal di Selayang Baru. Dekat dengan hospital Selayang.  Bercita-cita mahu memiliki sebuah Myvi berwarna putih dalam masa terdekat. Jangka masa panjang mahu memiliki sebuah kereta Honda model terbaru. Semoga tercapai ya.

Yang agak istimewa. Permata Nusantara juga merupakan salah seorang yang beruntung di dunia kerana juga memiliki sepasang kembar seperti saya. Cuma jodoh mereka bersama setakat di matrikulasi sahaja. Selepas itu, masing-masing membawa diri. Seorang bakal pereka dan seorang bakal guru. Kurang istimewalah berbanding saya yang masih berganding sehingga kini. (Haha…)

Baiklah, itu sahaja serba sedikit yang saya boleh huraikan tentang Permata Nusantara. Hendak berkenalan lebih rapat dengannya, klik sini ya.

Ceritakan 10 Perkara atau Hobi Saya.

1) Saya terlalu sayangkan ibu bapa dan keluarga saya walaupun diri kian menganjak dewasa.

2) Saya suka membaca walaupun sering kali terlupa.

3) Saya sentiasa impikan habiskan masa saya di masjid-masjid bagi meraih ketenangan walaupun belum pernah lagi tercapai.

4) Saya merupakan peminat bola sepak yang tega walaupun sudah lama saya tinggalkan bidang itu. Hendak tahu lagi sejarah saya? Klik sini.

5) Saya kerap mahukan teman-teman yang jujur dan ikhlas walaupun saya akui saya tidak seperti itu.

6) Saya sentiasa idamkan kemewahan dalam hidup walaupun saya tahu itu hanyalah sementara.

7) Saya mengimpikan untuk memiliki sebuah keluarga yang bahagia walaupun saya rasa belum tiba masanya lagi untuk saya.

8) Saya sering mengimaginasikan sesuatu yang luar biasa dalam hidup walaupun sehingga kini belum nampak pun hasilnya.

9) Saya mahu terus berbakti kepada masyarakat walaupun tiada apa pun yang lakukan setakat ini.

Nombor  10 sudah kering idea. Siapa yang tahu sambunglah ya…

Tag pula Orang Lain.

1) Jackster, orang kuat Web Team PERUBATAN.

2) Tengku Abdul Kadir, mantan presiden kita.

3) Effy Saiful, sahabat baik depan bilik.

4) Iwan Isa, speaker hebat PERUBATAN.

5) Farid Nazmi, junior di KISAS sampai kini.