PERINGATAN!! : AWAS, INI ADALAH ENTRI YANG AGAK SIA-SIA. MUNGKIN JUGA MELALAIKAN SIDANG PEMBACA. TERDAPAT KANDUNGAN YANG MENGGUNAKAN PROSA KATA YANG SALAH. ABAIKAN SAHAJA JIKA TIDAK PUNYA MASA.

PAGI ini aku bangun agak lambat. Mentari sudah mula menyembulkan tampangnya. Perlahan-lahan dia menganjak ke arah barat. Cepat-cepat kutunaikan solat subuh. Aduh, malu sungguh kepada-Nya.

Pukul tujuh aku sudah ada di kelas Paediatric. Dua jam aku meneguk kehausan limpahan ilmu yang dicurah oleh Dr El-Hamdy. Tepat jam sembilan, aku melangkah gesit ke hospital. Round cardiology akan menemaniku selama dua minggu. Hatiku tiba-tiba terusik.

Ya, sememangnya aku merasakan sedikit kelainan pada round kali ini. Mungkin sahaja aku bakal bergelar pakar jantung suatu masa nanti (walaupun aku sebenarnya berangan-angan mahu bergelar seorang paediatrician). Tengoklah nanti. Biar masa menentukan. Tuhan yang mentakdirkan.

Jam dua petang baru tamat kelas. Lima jam yang tersisa ini aku gunakan untuk merehatkan sedikit minda yang sibuk bekerja sadari pagi. Malam nanti kelas Medicine pula menanti. Harapnya tulisan ini dapatlah kiranya meregangkan tekanan-tekanan dalam saluran darah kepalaku ini.

Malam tadi, Harun hantar mesej. Alhamdulilah, kelas untuk adik-adik tahun satu minggu ini dibatalkan. Sejujurnya, aku sendiri belum membuat apa-apa persediaan untuk kelas tersebut. Entah apa-apa pula yang kusampaikan nanti.

Sebelum itu, Nadzmi datang bilik. Katanya, dia juga mahukan kelas mingguan physiology untuk adik-adik tahun dua pula. Alhamdulillah, masih ada tiga malam yang aku free. InsyaAllah, minggu depan kita mula ya.

Tiba-tiba teringat pula smart circle aku yang sekian lama tidak bergerak. Semuanya sibuk dengan urusan kuliah. Baru teringat hendak panggil mereka minggu ini. Rindu pula pada anak-anak usrah. Rupa-rupanya ada sukan PERUBATAN  di Mansurah. Tak mengapalah, minggu depan insyaAllah berkesempatan. Ya Allah, mudahkanlah dan lapangkanlah segala urusanku… Ameen.

p/s Aku sebenarnya sudah bosan menulis. Menulis, menulis, menulis… haha. Tapi, kebosanan itulah yang kadang-kadang menjadikan aku semakin ketagih dan tidak mahu berhenti untuk menulis.