Kepada keluarga di belakang,
Kepada sahabat yang merangsang,
Kepada taulan yang sentiasa mengingatkan,
Kepada semua yang menjadi peneman…
Alhamdulillah, tiada daya upayaku melainkan dengan kehendakNya yang mengisbatkan takdir buat diri yang fakir.
Ini adalah tulisan sulungku. Dengan iradat dan inayah-Nya serta penuh rasa rendah diri, aku mengajak dan mempelawa seluruh sahabat-sahabat untuk menikmati seteguk perkongsian ilmu yang tidak seberapa ini.
Boleh didapati di kedai-kedai buku terdekat dan seluruh cawangan universiti di Mesir. Kepada mereka di tanah air, nantilah ya aku bawakan untuk kalian tika aku pulang. Wasalam.
Info Buku
Tajuk : 44 Bicara Kesihatan
Terbitan : PERUBATAN Mesir
Muka surat : 172
Apa menarik :
-Kenapa monyet makan pisang?
-Rahsia sakit Adam
-Rahsia kulit jelita
-Petua badan menarik
-Resdung, was-was, rabun mata
-Kenapa sukar tidur?
-Arif yang penakut
-Dan banyak lagi…
p/s Untuk iklan rasmi PERUBATAN Mesir, klik sini.
Mac 1, 2009 at 5:43 pm
salam sangmentari…
wah,hebat ni…bolehlah Damai beli,baca dan komen ^^
ada diskaun tak? ^^
Mac 2, 2009 at 12:28 am
Salam..
SangMentari pelajar medic ke?saya kurang kepastian. Nampaknya satu usaha yang baik buat kamu..teruskan ya!
Mac 2, 2009 at 8:53 am
Haha.. sila-sila damai baca dan komen
nak juga dengar komen dari seorang doc…tapi kena tunggu dihantar ke Malaysialah ya
Mac 2, 2009 at 9:05 am
Salam ibnurrashidi
Saya sekarang di tahun lima kuliyah perubatan Ain Shams. Buku itu ditulis supaya dapat dikongsi oleh semua mahasiswa.. biarlah ilmu yang sedikit itu dikongsi sama… insyaallah tak lama lagi sampai di tanta… jangan lupa dapatkan ya
Mac 2, 2009 at 9:40 am
salam Ezairy
tiada di Malaysia la ni kan. poskan la satu, saya pun nak baca juga. kalau tak, bolehkah kiranya tuan hamba beritahu, kenapa monyet makan pisang?
buku ini ditulis bersama pasangan kembar kamu, Ezainy ke? kagum sekali dengan pasangan ni. memang benar kata kamu ya.
Mac 2, 2009 at 10:40 am
Haha… nak tahu kenalah baca dulu kan.
p/s buku ini hasil tulisan saya dan ezainy. Pasangan kembar teristimewa sepanjang abad…
Mac 2, 2009 at 3:17 pm
salam sang mentari…
kamu ada kembar????…bestnya…teringin nak ada kembar…hihi
Mac 2, 2009 at 6:09 pm
ayooo~ macam mana nak baca, buku tu jauh sangat nun di sana.
Mac 2, 2009 at 6:28 pm
Ya, damai. Saya kembar. Ezairy dan Ezainy. Kami sejak dari sekolah bersama. Sampai sekarang di Mesir. Memang punya minat yang sama… alhamdulillah
Mac 3, 2009 at 1:55 am
wah, tahniah buat pasangan kembar ni ya!!ada kembar pun dah cukup istimewa :). saya pun nak baca juga, kena tunggu balik malaysia ni ya. ada buku lain dalam progress ke?
Mac 3, 2009 at 5:40 am
Wah, dalam diam ya kalian berdua ni, berpakat buat projek rahsia. Nak baca!
Jangan berhenti menulis, kawan. Biar di mana-mana, asalkan buah fikiran tidak terbuang begitu saja.
Mac 3, 2009 at 4:35 pm
Sesiapa yang berhajat boleh emel terus kepada saya ya. InsyaAllah, pulang nanti bulan Julai, saya poskan dari Malaysia (sistem pos di Mesir ni, faham-fahamlah ya…)
p/s cacimpokodot, dalam perancangan insyaAllah kami berdua akan terus hasilkan beberapa lagi siri buku. Doakan ya…
Mac 3, 2009 at 4:39 pm
Haha.. ini projek rahsia ke.. Fan, nanti aku balik Malaysia, aku bagi kau satu…
p/s lama benar SangPelangi tak bersuara ya.. letih aku menanti
Mac 8, 2009 at 12:43 am
salam ziarah. tahniah bro atas penerbitan sulung! untuk rakan-rakan bloggers takde diskaun ke? 😀
Mac 8, 2009 at 6:27 am
tahniah buat SangMentari!!!
kenapa monyet makan pisang??? aduh, kejamnya kamu.. membuatkan sifat ingin tahu saya membuak2 pula…malang sekali bukunya belum ade di Malaysia lagi.ish3x…
reserve untuk saya satu yer bila pulang ke Malaysia.. saya pon nak beli dan baca jugak… =)
Mac 8, 2009 at 2:36 pm
Salam buat semua pembaca SangMentari yang baik hati,
Buku ini akan sampai kepada kalian sebaik saya sampai Malaysia insyaallah pertengahan bulan 7 nanti. Insyaallah ada harga istimewa. Jadi, kepada yang berminat, harapnya dapat hantarkan alamat lengkap untuk diposkan ke emel saya mohd_azreen_ezairy@yahoo.com.
p/s Maklumat terkini tentang buku ini boleh didapati dari page 44 bicara kesihatan di facebook. Ada di page facebook saya… selamat membaca semua