44 bicara kesihatan

Kepada keluarga di belakang,
Kepada sahabat yang merangsang,
Kepada taulan yang sentiasa mengingatkan,
Kepada semua yang menjadi peneman…

Alhamdulillah, tiada daya upayaku melainkan dengan kehendakNya yang mengisbatkan takdir buat diri yang fakir.
Ini adalah tulisan sulungku. Dengan iradat dan inayah-Nya serta penuh rasa rendah diri, aku mengajak dan mempelawa seluruh sahabat-sahabat untuk menikmati seteguk perkongsian ilmu yang tidak seberapa ini.
Boleh didapati di kedai-kedai buku terdekat dan seluruh cawangan universiti di Mesir. Kepada mereka di tanah air, nantilah ya aku bawakan untuk kalian tika aku pulang. Wasalam.

Info Buku

Tajuk              : 44 Bicara Kesihatan
Terbitan         : PERUBATAN Mesir
Muka surat    : 172
Apa menarik  :

-Kenapa monyet makan pisang?
-Rahsia sakit Adam
-Rahsia kulit jelita
-Petua badan menarik
-Resdung, was-was, rabun mata
-Kenapa sukar tidur?
-Arif yang penakut
-Dan banyak lagi…

p/s Untuk iklan rasmi PERUBATAN Mesir, klik sini.