BENARKAH wanita lebih hebat daripada lelaki? Lelaki pula semakin pupus daripada kancah cabaran masa kini. Adakah ini suatu kenyataan, khayalan atau sekadar tohmahan buat para lelaki?

Di mana-mana universiti tempatan, nisbah pelajar wanita ternyata sudah melebihi kaum lelaki. Sehingga ada yang telah mencapai nisbah 70:30. Aduh, bagaimana ini boleh berlaku? Mana kawan-kawanku sekalian? Ke mana kau menghilang?

Realiti terkini jelas menampakkan ketidakseimbangan dalam kualiti seorang jaguh lelaki. Ya, lelaki tulen. Lihat sahaja negara kita. Saban tahun, deretan pelajar terbaik Malaysia datangnya daripada golongan hawa.

Akademi Fantasia sahaja semakin dipelopori oleh kaum wanita sejak akhir-akhir ini. Mana dia jelmaan Mawi, Faizal, Vince dan lain-lain?

Aku bercakap bukanlah atas dasar diskriminasi jantina. Aku tahu lelaki memang hebat. Semua sudah lama pun tahu. Ini kenyataan. Jangan ada yang menyangkal ya.

Umpamanya tangan kanan itu ialah lelaki. Kiri pula adalah wanita. Kalian tentu tahu bukan apa maknanya?

Ya, si kanan tentu mampu melakukan apa sahaja yang dihajati. Si kiri pula pasti lebih lemah. Takut-takut untuk beraksi. Namun, adakah si abang kanan itu tidak memerlukan cik adik yang di sebelah kiri? Kedua-duanya saling memerlukan bukan.

Tiada istilah dia lebih aku kurang. Cuma apa yang dikecewakan ialah sikap kita yang selalu berpuas hati dengan apa yang dimiliki. Tak ke begitu teman-temanku yang sejenis? Jangan cepat puas dengan apa yang dimiliki.

Bekerjalah seolah-olah kiamat lama lagi. Lakukan amal ibadah seakan tiada lagi esok bagimu. Bukankah itu jauh lebih baik?

p/s kadang-kadang merasakan kita berada di zon yang selesa sering membuatkan kita tergelincir daripada garisan matlamat asal.