Suara hati mula berbisik menyanyikan senandung irama
suara hati mula berbisik menyanyikan senandung
suara hati mula berbisik menyanyikan
suara hati mula…

Tika masanya nanti
aku ‘kan tahu
mana letaknya relung kejujuran
ketulusan
juga keikhlasan

Dekat bukan cagaran
jauh tak bererti hilang…

El-Abbasiah, Kaherah
1 Rabiulawwal 1430 / 26 Februari 2009