1.      Melihat kepada yang bercakap dan kekalkan eye contact.

2.      Sentiasa berada di dalam tenang (relaxed).

3.      Berfikiran terbuka (open minded).

4.      Dengar teliti apa yang disampaikan dan cuba gambarkannya.

5.      Jangan memintas kata-kata ketika orang lain sedang bercakap.

6.      Tunggu sehingga mereka yang bercakap berhenti seketika, barulah lemparkan apa-apa soalan penjelasan.

7.      Tanya soalan hanya yang benar-benar untuk mendapatkan kepastian (bukannya untuk menarik perhatian orang lain).

8.      Cuba untuk menghayati dan merasai apa yang sedang difikirkan di benak si pencakap.

9.      Beri apa-apa feedback, rumusan atau pun pendapat tentang apa yang telah disampaikannya.

10.  Beri juga perhatian kepada riak muka, gerak badan dan lain-lain pergerakan kita ketika menjadi pendengar.

Sebahagian daripada penyampaian slot pertama Kursus Mentor PERUBATAN Kaherah siang tadi.

p/s  kepada sahabat-sahabat mentor dan nuqaba’, dari puncak ubun-ubun rambut sehingga ke hujung jari kaki kupohon ampun sekiranya wujud cacat cela pada pembentanganku siang tadi. Jadikan usrah smart circle kita sebagai wadah pembina jati diri yang unggul. Semoga semua beroleh manfaat hendaknya… insyaAllah.