Bila mata sudah terpejam

BILA mata sudah terpejam, semua meranap. Mana yang galik, kini bergolak-galik. Siapa yang dulunya menyemprot kini mula disemprot.

Aku tidak bertukas sembarangan

Bukan dakwaan omongan kosong. Tidaklah juga aku mencoret-coret semberono di atas debuan pasir. Sekali ombak mendatang, sekali itu juga ia terpadam dan terhakis.

Ini kata-kata azimat. Harus disemat. Jangan sekali-kali dirampat.

Bila mata telah tertutup, roh bercerai dari jasad. Engkau kian menghancur. Menjadi santapan mamahan sang ulat. Lalunya dibangkit semula di hari perhitungan.

Segala yang meruwat sudah tidak berguna.

Sekadar peringatan buat yang masih alpa…