siapa betul???

HENDAK seribu daya, tak hendak seribu dalih. Jangan melulu mendaki tujuan, sedang yang tergenggam dilepas. Ibarat dikejar tidak kecapaian, yang digendong pula keciciran.

Setiap kita perlu tahu motivasi hidup. Usah terlalu mengharap pada dicita sehingga tidak sedar pelangi indah yang diidam tiba-tiba menghilang di kala kita mengharap.

Mengapa perlu diikut rasa hati?

Apa perlunya mendirikan benang yang telah lama basah? Manusia sendiri terkadang lupa bahawa hidup adalah bermisi. Usah dilupa bahawa matlamat yang diidam akan terlepas walau seminit terleka.

Bayangkan sendiri apa akan jadi kepada negara selagi rakyat terus bersikap  begini. Pemimpin pula tidak habis-habis bersikap begitu. Rasanya sebagai rakyat, aku sudah jelak dengan permainan politik negara yang kian menggila.

Masing-masing sibuk dengan hujahnya. Yang benar terkadang dianggap salah. Sedangkan yang terang-terang menipu sering kali disalah ertikan. Hidup ini sudah semacam boneka.

Kata-kataku ini tidak lain hanyalah atas dasarku sebagai ahli akademik. Rakyat yang mahukan perubahan. Bukannya hidup di sebalik permainan topeng mereka. Sampai bila semua ini akan berakhir? Rakyat sudah bosan… jemu.

Mujur bukan aku sahaja yang naik menjadi pemimpin. Pasti sudah kulakukan suatu rombakan besar-besaran. Membina suatu empayar besar, menghapus penipuan, menakluk sekurang-kurangnya seperempat alam. Masih ingat empayar Turki Uthmaniyah yang kukuh kejap suatu masa lalu? Juga zaman Iskandar  Zulkarnain? Mungkin itu yang akan kuusahakan. Andainya aku yang memimpin…

Setiap mata melihat. Seluruh dunia tertumpu kepada kita. Apakah sudah hilang rasa malu dalam diri?

Kerajaan Malaysia sedang hebat dilanda krisis

Mana-mana tempat mungkin sibuk mengumpat kita. Jujur kukatakan, siapa yang mampu membawa tanah yang dipijak ini ke arah kemakmuran. Tiadanya sengketa. Tiada rasuah. Amalan Islam seharianku mampu dilaksana, segera ditunjangkan. Itu sudah cukup bagiku.

Bukannya limpahan kekayaan yang dilambak oleh kerajaan kepada rakyat yang kuinginkan. Rakyat pun sudah bosan dengan taktik dan cara lama itu. Biarlah kita berjuang atas autoriti dan hak rakyat. Memimpin untuk keamanan dan kepentingan sejagat.

Bukan hanya kepentingan sendiri…