MEREKA itu darjatnya lebih mongkok dari yang lain. Wujud nada riak, terlahir dari hati yang ranap. Lebih baik dipandang mesum oleh zahir, namun hakikat berpaksi pada hati yang luhur.

Setiap nyawa seharusnya disama-ratakan bagai dirampat. Usah membezaka-bezakan setiap satu dengan yang lainnya. Apakah setiap yang sempak itu jahil? Setiap yang meraksi pula suci?

Setiap kali terpandang wajah-wajah mereka, terpancar warna kepalsuan. Aku tahu kita tidak boleh pantas melabel mereka. Itu salah. Mereka juga berhak. Bumi yang dihinjak. Tanah yang saban masa dipijak ini juga adalah hak mereka.

Wajarkah aku menyempal kesemua mulut mereka?

Bukannya apa, sekadar menghentikan gelak rakah mereka yang tiada henti.  Membuat titian rakuk agar setiap mereka tahu betapa luasnya langkan yang disangka sekangkang kera. Lupa bahawa adat Melayu penuh dengan seni budaya.

Aku tidak gemar berselindung disebalik tabir langking. Membuat setiap nafas mendesah-desah. Jiwa juga seakan berbolak-balik. Panduan diri terolang-aling, tidak bertuju. Teman, maafkan aku jika ini yang kau sedang rasakan.

Setiap mereka perlu disedarkan dari mimpi. Mewah itu bukannya kelanggengan. Terik sedari pagi usah dijangka beragaman hingga ke senja. Nelayan yang berhempas-pulas di tengah badai, jangan disangka karam walau landas datang berkunjung. Alam indah ini juga akan musnah suatu hari beka.

Sedang mata melangak ke puluhan tembok batu kukuh berceracak di mana-mana, kelibat mereka benar-benar mendesar naluri.

Aku termengap.

 Seakan wujud adang-adang yang menjadi hijab pandangan. Langkah mereka membegari ruang menambah resah.

Angin cekang kelat menderu kubiar pergi. Hati yang meruok sedari tadi sengaja tidak dipujuk. Manusia harus belajar erti perkongsian. Adakalanya, perkara yang amat berharga pada kita harus dikongsi sama. Jangan lekas mengaju pada sebutir emas yang terpaksa dipinjam. Kerana esok mungkin hujan emas akan gugur menderai untuk kita.

 

p/s Ini adalah coretan pengalamanku di Kuala Lumpur. Rehat sekejap ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin. Hakikatnya, ‘mamat-mamat bangla’ benar-benar membuatkan aku merasa seolah-olah berada di negara mereka. Ramai sungguh. Gelak tawa mereka seakan merasa tanah ini adalah kepunyaan mereka. Haruskah mereka terus dibiar berkampung di sini… fikir-fikirkan