Hidup berhajat kepada cinta. Kekadang aku sendiri buntu mencari jawapannya. Apakah benar cinta itu suatu wadah pelengkap buat jiwa manusia yang pudar, gelap tanpa andang penyuluh. Benarkah cinta juga adalah medan buat manusia-manusia yang diruntun masalah dan derita?
Mahar sebuah percintaan tidak dapat dihitung nilainya
Sejujurnya, aku sendiri gagal untuk menghitungnya. Jauh sekali untuk mengecapnya. Mungkin sahaja sekadar singgah sejenak buat kumerasa nikmatnya yang sebentar. Mungkin kerana Tuhan berikan cinta itu kepada sesiapa yang Dia kehendakinya sahaja.
Ramai antara kita sering menyalahgunakan keistimewaan yang ada pada mereka. Lihat sahaja dunia hiburan hari ini. Cuba bilang berapa ramai selebriti yang mengenakan kain di atas kepala. Berapa ramai pula yang menutupnya hingga ke paras dada?Tidak perlu rasanya untuk kutunggu jawapan itu.
Mencari cinta sehingga terbarai maruah?
Mengapa sampai terpaksa menggadai agama semata-mata inginkan mencari cinta? Atau adakah mereka itu sekadar mahu menjual body! Maaf jika mulutku terlalu cabul kali ini. Namun, apakah tidak benar segala pertuturanku ini. Atau mungkin aku sahaja yang berfikiran liar sedemikian?
Kukira dunia hari ini telah lari jauh daripada garis mula yang asal. Ya, manusia semakin galak mengejar kehidupan alam maya. Lupa bahawa akhirat sana adalah kekal abadi. Lupa juga bahawa cinta itu sememangnya buta. Ungkapan yang sering dipersoalkan. Benarkah cinta itu buta?
Kesaktian cinta tidak pernah mengenal batas sempadan. Agungnya cinta itu juga sehingga tidak mengira tua atau muda. Emas atau pun kaca. Kerana itu juga kita boleh melihat manusia bertemu jodoh tatkala sudah menjangkau usia emas. Tika kulit sudah menggelambir. Tidakkah ini dikira cinta monyet? Atau perlukah aku mengatakan bahawa mereka itu sedang diamuk badai cinta buta?
Di kala gelora cinta sedang murup menyala, usah pula kita cuba memadamnya.
Jangan terlalu berani meredah lautan api yang sedang dipukul ribut. Pasti sahaja badai itu terlalu ganas untuk didepani. Badai yang akan memukul sesiapa sahaja yang berani menghalangnya. Ramai manusia sanggup lakukan apa sahaja asalkan cinta dapat digapai. Sehingga tidak mengenal keluarga dan sahabat.
Betapa agungnya nilai sebuah percintaan!
p/s Pastinya akan kusambung tulisan ‘cinta’ ini. Kerana cinta itu perlu, aku tidak pernah merasa jemu untuk menulis tentangnya. Aku sentiasa percaya manusia akan sentiasa berada di puncak hidupnya selagi mana mereka mampu mengekalkan cintanya itu pada mahar yang tertinggi. Percayalah!
Januari 2, 2009 at 2:17 pm
salam ziarah buat kamu sang mentari…
pertama2nya,wajah kamu betul2 mirip sahabat saya….inikah yg dikatakan pelanduk dua serupa ^^..
keduanya,terima kasih atas singgahan kamu di sejadahijau..
terakhirnya…ya,sememangnya cinta itu perlu…cinta itu fitrah makhluk ciptaan-Nya…namun,ketahuilah untuk memelihara suci bersih cinta itu bukanlah semudah menyebut A,B, dan C mahupun mengira 1,2 dan 3…lantaran nafsu dan iblis yang sentiasa sibuk menyesatkan….makin kuat cinta dijaga,makin inggilah maharnya….^^
aduh..buat macam blog sendiri pula…maaf ya hihi
Januari 2, 2009 at 4:29 pm
Tiadalah erti sebuah cinta tanpa penghayatan yang tulus
Kerna itu, aku sering berhujah tentang cinta hakiki. Aku harap semua manusia mengerti ungkapan cinta yang sebenar seperti dirimu
p/s selamat datang sejadah hijau ke Sang Mentari
Januari 4, 2009 at 5:36 am
salam ziarah
jika cinta itu mampu merosakkan, jauhilah ia. usah diburui kuasa cinta itu. kerana cinta itu sudahpun tertanam di jiwa. musnahlah keindahan cinta itu jika manusia hanya tahu meletakkannya secara berpasangan bukanya berkumpulan..
cinta tidak akan mati selagi nyawa masih dikandung badan bukan..selamat menulis dan teruskan menulis
wallahualam
Januari 4, 2009 at 11:32 am
Terima kasih iliana atas nasihatmu itu…
Ya, nilai cinta itu besar ertinya. Tak terjangkau untuk difikirkan. Ia boleh menjadi perosak, boleh juga membina kemajuan pada diri. Tidak pernah ada salahnya jika cinta itu tersemat di hati selagi didasarkan pada kecintaan agung pada Yang Maha Esa. Bertunjangkan pada pegangan agama. Paksinya pula keyakinan yang tetap pada diri. Selagi nafsu dijaga, maruah tidak pula terbarai, kukira cinta tidak pernah ada salahnya.
Ogos 26, 2009 at 4:12 pm
“Selagi nafsu dijaga, maruah tidak pula terbarai, kukira cinta tidak pernah ada salahnya”.
btol…
tp nafsu & maruah yg dijaga 2 entah sampai bl mampu brthan..
smoga Allah mmbri kekuatan pd kita..