Salahkah aku untuk bercinta?
Salahkah aku untuk bercinta?

Kesaktian cinta memang agung. Mahar yang sukar untuk ditanding. Gulungan badai pasir seakan menokok-nokok nikmat cinta sebenar. Muhabat itu perlu ada buat mengisi sukma yang langking. Gelap, melayang nanar entah ke mana.

Di kala jiwa kosong, hitam… cinta hadir menggiring sang pencinta jauh ke dasar nafsu. Bukan nafsu jahat dan musakat, namun atas paksi keagungan muhabat itu sendiri. Tiada salah mahu bercinta, asalkan tahu batas sempadan… tidak tumpas-langis. Tidak juga terbarai maruah diri.

Aku berhujah tentang cinta bukannya aku sedang diamuk badai cinta. Aku adalah sang pencinta.

Pencinta sentiasa mengharap redha hakiki.

Ya, muhabat mampu membuat jiwaku melonjak langguk. Melangsamkan irama merdu muhabat itu. Aku inginkan cinta sebenar!

Agama tidak pernah melarang umatnya untuk merasa nikmat cinta. Justeru, kenapa cinta sering dipersalah? Dasar apa juga yang beragaman membuat sang pencinta sentiasa kelesah.

Resah diterajang fitnah dusta.

Jangan dipersalah mereka yang terlanjur. Jangan juga menjadi penghukum. Maka, jadilah kita pendamai, pententeram, dan penenang. Apa ertinya ungkapan maaf jika tiada penghayatan murni dari jiwa yang tulus. Dahulu… mereka mungkin pernah berkelewaran tanpa ada batasnya, tiada pegangan tauhid yang begar. Fikiran  juga terbejat dengan nafsu serakah.

Namun, setiap yang bernyawa kukira berhak mendapat peluang kedua. Kerana itu mungkin menjadikan mereka  sang pencinta yang agung. Munajat hakiki buat setiap sang pencinta…

“Cinta Tiada Pernah Ada Salahnya Jika Tahu Menilai Erti dan Makna Muhabat Itu Sendiri”

p/s:  Aku akan sambung bicara ‘cinta’ ini di lain masa. Sesungguhnya bicara kali ini benar-benar menggugah emosi dan jiwaku. Maafkan aku ya Rabbi jika tulisan ini ada cacat cela musakatnya. Kerana aku juga manusia lemah. Tiada jua daya mengelak tujahan-tujahan jahat.