Aku rasa kelam kabut sedikit hari ini. Keadaan tidak seperti hari-hari biasa. Dinginnya pun lain semacam. Seakan angin yang bertiup membawa sama debu-debu salji dari kutub utara. Jam di dinding ,masih teguh di situ. Ah, lagi sejam aku harus berada di sana. Jiwaku berkecamuk. jantung seolah menendang-nendang dada minta untuk ditenangkan kembali. Kutarik nafas sedalam mungkin. Mungkin ini akan kembali membuatkanku tenang.

 ‘Apakah tempat itu secocok untuk manusia seperti kau?’

Seakan suatu suara halus menelusuri masuk ke tenggorokan. Perlahan-lahan ianya masuk ke dalam saluran nafas ku. Terasa ngilu sekali. Aku tahu ia telah datang lagi. aku perlu lebih kuat sekarang. Mereka hanyalah makhluk yang tak habis-habis merosakkan anak cucu adam sejak pertama kali manusia pertama diciptakan itu wujud. Makhluk terkutuk yang kejam, pencetus kejahatan dan ribut derhaka pertama di langit!!!

  ‘Bukankah ianya akan membuatkan riak, ujub,dan takabbur membaluti jiwa!!’

Sekali lagi jiwaku tergugah. Keyakinanku semakin tipis. Adakah ini yang dinamakan ujian. Setiap manusia yang disayanginya pasti akan diuji. Kata-kata salah seorang guru agama itu masih kekal kuingat.

 ‘Sebaik sahaja kau pulang nanti…kau akan tahu betapa benarnya kata-kataku ini..kau sedang bermain dengan perasan kau sendiri,halusi dan ilusi’

Aku biarkan makhluk itu terus bersuara. Bialah dia puas dengan kejahatannya itu. mata pula terasa memberat. Seakan mahu dipejam, diberi rehat seminit dua. Perlahan-lahan pandangan kabur, kelam dan akhirnya aku tenggelam dalam kegelapan…

Lima minit aku lewat tiba…namun sekali lagi aku lepas. Terlepas dari garian makhluk durjana itu. Syukur padaMu ya ALLAH. KAU masih berikan ku kekuatan untuk menempuh cabaran di muka bumiMU ini.

p/s: Sedikit bingkisan hati di kala hati sedang bergejolak. Seakan lupa hidupku ini juga ada matlamat. Misi yang perlu diselesai. 10.00 malam aku kembali ke pondok tempatku berteduh. Sedikit penghargaan yang kuperoleh tadi akan kuabadi dalam salah satu memori manis hidupku….

Entah kenapa petang itu kurang mood nak pergi dinner yang aku sendiri sudah menyetujuinya seminggu lalu untuk turut serta… alhamdulillah Tuhan pilih juga aku walaupun di saat akhir untuk ke majlis tersebut…Syukur padaMU ya Rabbi…..Banquet Dinner with JPA at Saraya Restaurant, Cairo. 7.00pm-9.00pm.