“Eh, itu abg presiden thn lps kan?”

“Mana ada..tu abg hamdan..dialah presiden sebelum abg kadir.. 2 thn lepas….bkn thn lepas”

“Ooh..abg kadir? Siapa dia? Aku tak kenal la?Macamana orangnya???”

“Lo..kau ni teruklah…alah..yang kurus2 tu..muka dia putih-putih.”

“Emmm…aku tak kenal la..”

“Hei..dia belajar kat univ ain shams…takkan kau tak kenal..!!”

Hmm…???…Yang itu pulak, pakai baju t-shirt putih  abg wafiy kan? Penasihat perubatan kita tahun ni…”

“Ish…ish…ish…kan dia presiden perubatan mesir kita sekarang…baru bulan lps dia naik…”

“?????”

Ha, kali ni saya benar-benar teruja nak ajak kita semua mengkoreksi kembali diri kita. Cerita di atas hanyalah secebis kisah sebenar di pagi raya iduladha thn ini …Sebagai pengajaran buat kita semua.

Yang seorang cuba menerangkan, atau pendek ceritanya memperkenalkan seorang lg sahabatnya kepada seorang2 senior mereka…yang seorang lagi pula memang agak..???..tak tahu nak cakap apa…Kalau sampaikan presiden perubatan mesir sendiri pun tak kenal…apatah pula senior2 yg lain…Entah2 saya ni dianggapnya pelancong dari malaysia shj…!!!

sama2 kita renungkan kembali…adakah ini faedah dan natijahnya  kebanjiran pelajar ke bumi mesir ? Di manakah letaknya nilai 2 persaudaraan sesama kita? Jadi buat semua pihak…anda yang membaca dan saya juga tak terkecuali, walau di mana jua kita berada tak kira di pelusuk dunia sekalipun…sentiasalah ingat bhw kita tidak hidup keseorangan….org sekeliling kita sebenarnya adalah aset kita paling berharga…gunakan mereka…jgn nanti ketika susah,tiada sesiapa untuk minta pertolongan..tiada kawan untuk dirujuk…sahabat tidak minta dibelai…tetapi cukuplah untuk dihargai…

‘Ya ALLAH,  aku bersyukur kepadaMu ke atas semua mereka di sisiku yang engkau kurniakan kepadaku…semua mereka adalah aset berharga kepada diriku..”-secebis doa Nabi Isa kepada ALLAH dalam kitab Injil